Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 24:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Lalu orang Daud berkata kepadanya, “Inilah hari yang difirmankan TUHAN kepada tuan, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu. Lakukanlah terhadap dia menurut apa yang kaupandang baik.’ ” Daud pun mendekat lalu memotong bucu jubah Saul secara diam-diam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 24:4
13 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka membawa kepala Isyboset kepada Daud di Hebron dan berkata kepada raja, “Inilah kepala Isyboset anak Saul, musuh tuanku, yang mengancam nyawa tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan yang dilakukan Saul dan keturunannya terhadap tuanku.”


jika kalangan di khemahku tidak berkata, ‘Sesiapa yang tidak dikenyangkan oleh lauk-pauknya?’ —


Aku berseru kepada TUHAN dengan suaraku; kepada TUHAN aku membuat permohonanku.


Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, kerana jiwaku percaya kepada-Mu. Dan di bawah naungan sayap-Mu aku akan berlindung sehingga segala malapetaka ini berlalu.


Meskipun begitu, jika pembunuhan itu tidak disengajakan dan Allah membiarkan tangannya berbuat demikian, maka Aku akan menentukan bagimu suatu tempat ke mana dia dapat lari.


Lalu pergilah Daud dari situ ke gua Adulam demi menyelamatkan diri. Maka para saudaranya dan seluruh keluarganya yang mendengar hal itu turut pergi ke sana untuk bersama-samanya.


Kata Yonatan kepadanya, “Jangan takut. Tangan Saul, ayahku, tidak akan dapat menangkap kamu. Engkau akan menjadi raja atas orang Israel dan aku akan menjadi orang kedua di bawahmu. Saul, ayahku, tahu juga tentang hal itu.”


Kemudian dikhabarkanlah kepada Saul bahawa Daud datang ke Kehila. Lalu kata Saul, “Allah telah menyerahkan dia ke dalam tanganku, kerana dengan memasuki kota yang berpintu dan berpalang, dia telah mengurung dirinya.”


Kata Daud kepada Saul, “Sesungguhnya, pada hari ini mata tuanku sendiri melihat, bahawa TUHAN sudah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba di dalam gua itu; ada orang yang mendesak hamba untuk membunuh tuanku, tetapi hamba berasa sayang kepada tuanku kerana fikir hamba: ‘Aku tidak akan menjamah tuanku itu, kerana dialah orang yang diurapi dan dilantik TUHAN.’


Pada hari ini telah kaunyatakan bagaimana engkau berbuat baik terhadap aku. Walaupun TUHAN menyerahkan aku ke dalam tanganmu, engkau tidak membunuh aku.


TUHAN akan membalas setiap orang menurut perbenaran dan kesetiaannya. Pada hari ini TUHAN telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba, tetapi hamba tidak mahu mencederakan orang yang dilantik TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan