Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:8 - Alkitab Versi Borneo

8 sehingga kamu semua bersekongkol melawan aku? Tiada seorang pun memberitahu aku ketika anakku sendiri mengikat perjanjian dengan anak Isai itu. Tiada seorang pun daripada kamu yang mengambil berat terhadap aku atau memberitahu aku bahawa anakku telah menghasut pegawaiku untuk melawan aku sambil dia menunggu kesempatan untuk bertindak sebagaimana yang terjadi pada hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Itukah sebabnya kamu bersepakat melawan beta dan tidak seorang pun memberitahu beta bahawa putera beta sendiri sudah memihak kepada si Daud itu? Tiada seorang pun antara kamu memikirkan diri beta. Tiada sesiapa antara kamu memberitahu beta bahawa Daud, anak buah beta sendiri, pada masa ini sedang menunggu kesempatan untuk membunuh beta, dan bahawa Yonatan, putera beta sudah memberikan galakan kepadanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Itukah sebabnya kamu bersepakat melawan beta dan tidak seorang pun memberitahu beta bahawa putera beta sendiri sudah memihak kepada si Daud itu? Tiada seorang pun antara kamu memikirkan diri beta. Tiada sesiapa antara kamu memberitahu beta bahawa Daud, anak buah beta sendiri, pada masa ini sedang menunggu kesempatan untuk membunuh beta, dan bahawa Yonatan, putera beta sudah memberikan galakan kepadanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:8
12 Iomraidhean Croise  

Maka gusarlah hati raja Aram kerana hal itu. Dipanggilnya para pegawainya lalu dia bertanya mereka, “Tidakkah kamu mahu memberitahukan kepadaku, Siapakah dari antara kita yang memihak kepada raja Israel?”


pada waktu itulah Dia membuka telinga manusia dan memateraikan teguran-teguran bagi mereka,


Setelah Daud selesai berbicara dengan Saul, berpadulah jiwa Yonatan dengan jiwa Daud, dan Yonatan mengasihi Daud seperti mengasihi dirinya sendiri.


Yonatan membuat perjanjian dengan Daud, kerana dia mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.


Kata Yonatan kepadanya, “Sekali-kali hal itu tidak akan berlaku! Malahan engkau tidak akan mati. Ketahuilah, ayahku tidak akan melakukan satu hal pun, besar atau kecil, tanpa menyatakannya kepadaku. Mengapakah ayahku harus menyembunyikan hal ini daripadaku? Bukan begitunya hal ini!”


Yonatan berkata kepada Daud, “Pergilah dengan selamat, kerana kita berdua telah bersumpah demi nama TUHAN, ‘TUHAN akan ada antara aku dengan engkau, dan antara keturunanku dengan keturunanmu untuk selama-lamanya.’ ” Sesudah itu Daud bergegas pergi manakala Yonatan kembali ke kota.


Jika demikian halnya, tunjukkanlah kasih kepada hambamu ini kerana engkau telah mengikat perjanjian dengan hambamu ini di hadapan TUHAN. Tetapi jika ada kesalahan padaku, biarlah engkau sendiri yang membunuh aku. Mengapakah engkau harus membawa aku kepada ayahmu?”


Kata Saul kepadanya, “Mengapa kamu, iaitu engkau dan anak Isai itu, bersekongkol melawan aku? Engkau memberikan roti dan sebilah pedang kepadanya serta menanyakan petunjuk TUHAN baginya sehingga dia bangkit melawan aku dan menunggu kesempatan untuk bertindak terhadap aku seperti yang terjadi pada hari ini.”


Kata Saul, “Semoga TUHAN memberkatimu, kerana kamu menunjukkan rasa sayangmu kepadaku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan