Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Kata Saul kepada para pegawainya yang berdiri dekatnya, “Dengarlah, wahai orang Benyamin! Adakah anak Isai itu akan memberikan ladang dan kebun anggur kepada kamu semua? Adakah dia akan menjadikan kamu semua pemimpin pasukan seribu dan pemimpin pasukan seratus,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 baginda bertitah kepada para pegawai, “Dengarlah, hai semua orang Benyamin! Adakah kamu fikir si Daud itu akan memberi kamu ladang dan ladang anggur? Adakah kamu semua akan diangkat menjadi pegawai dalam tenteranya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 baginda bertitah kepada para pegawai, “Dengarlah, hai semua orang Benyamin! Adakah kamu fikir si Daud itu akan memberi kamu ladang dan ladang anggur? Adakah kamu semua akan diangkat menjadi pegawai dalam tenteranya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:7
14 Iomraidhean Croise  

Daud mengumpulkan warga yang berada bersama-samanya, lalu melantik pemimpin pasukan seribu dan pemimpin pasukan seratus ke atas mereka.


Kebetulan di sana ada seorang yang rendah akhlak bernama Seba anak Bikri, seorang Benyamin. Dia meniup sangkakala dan berkata, “Kita tidak mendapat bahagian daripada Daud, kita tidak mendapat harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai orang Israel!”


Setelah semua orang Israel melihat bahawa raja tidak mahu mendengar permintaan mereka, maka rakyat menjawab raja demikian, “Bahagian apakah yang kita peroleh daripada Daud? Kita tidak memperoleh harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemahmu, wahai Israel! Sekarang uruslah rumah tanggamu sendiri, wahai Daud!” Maka pergilah orang Israel ke khemah mereka.


Beberapa orang daripada bani Benyamin dan Yehuda datang ke kubu pertahanan mendapatkan Daud.


Suatu tunas akan keluar daripada tunggul Isai suatu cabang daripada akarnya akan berbuah.


Pada waktu itu, Tunas Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi suku-suku bangsa. Dia akan dicari oleh bangsa-bangsa dan kediamannya akan menjadi mulia.


dan dia berhasil dalam segala tugas yang dijalankannya kerana TUHAN menyertainya.


Keesokan harinya, pada hari kedua dalam bulan itu, tempat Daud masih kosong juga. Maka Saul bertanya kepada Yonatan, anaknya, “Mengapa anak Isai itu tidak datang makan, baik kelmarin mahupun hari ini?”


Maka menyalalah amarah Saul kepada Yonatan lalu berkata kepadanya, “Anak daripada perempuan sundal yang derhaka! Aku tahu, engkau berpihak kepada anak Isai itu untuk mengaibkan dirimu serta ibumu yang telah melahirkan engkau, bukan?


Kata Saul kepadanya, “Mengapa kamu, iaitu engkau dan anak Isai itu, bersekongkol melawan aku? Engkau memberikan roti dan sebilah pedang kepadanya serta menanyakan petunjuk TUHAN baginya sehingga dia bangkit melawan aku dan menunggu kesempatan untuk bertindak terhadap aku seperti yang terjadi pada hari ini.”


Kemudian berkatalah Do'eg, orang Edom, yang berdiri dekat para pegawai Saul, “Kulihat anak Isai itu mendatangi Ahimelekh anak Ahitub di Nob.


Jawab Nabal kepada anak buah Daud, “Siapakah Daud itu? Siapakah anak Isai itu? Sekarang ini banyak hamba yang melarikan diri daripada tuan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan