Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Lalu dia membawa mereka menghadap raja Moab, dan mereka pun tinggal bersama dengannya selama Daud berada di kubu pertahanan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Oleh itu Daud membawa ibu bapanya kepada raja negeri Moab, dan mereka tinggal di sana selama Daud bersembunyi di gua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Oleh itu Daud membawa ibu bapanya kepada raja negeri Moab, dan mereka tinggal di sana selama Daud bersembunyi di gua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:4
15 Iomraidhean Croise  

Ketika Daud bangun pada pagi harinya, datanglah firman TUHAN kepada nabi Gad, pelihat Daud, demikian,


Raja Daud juga mengalahkan orang Moab. Dia menyuruh mereka berbaring di tanah lalu mengukur mereka dengan tali. Barisan orang sepanjang dua ukuran tali itu dibunuh manakala barisan yang sepanjang satu ukuran tali dibiarkan hidup. Kemudian orang Moab menjadi hamba Daud dan harus mempersembahkan ufti kepadanya.


Pada waktu itu Daud sedang berada di kubu pertahanan, sementara pasukan pendudukan orang Filistin berada di Betlehem.


Beberapa orang daripada bani Benyamin dan Yehuda datang ke kubu pertahanan mendapatkan Daud.


Lalu TUHAN berfirman kepada Gad, pelihat Daud,


Sesungguhnya, riwayat Raja Daud dari awal hingga akhir tertulis dalam riwayat Samuel, pelihat itu, dalam riwayat Nabi Natan, dan dalam riwayat Gad, pelihat itu.


Dia menempatkan bani Lewi di Bait TUHAN dengan ceracap, gambus, dan kecapi, selaras dengan perintah Daud dan Gad, pelihat raja, serta Nabi Natan. Perintah itu berasal daripada TUHAN dengan perantaraan para nabi-Nya.


Tetapi kataku, “Masakan orang seperti aku melarikan diri? Adakah orang seperti aku ini akan masuk ke dalam Bait Suci untuk menyelamatkan nyawanya? Aku tidak mahu pergi!”


Kepada TUHAN aku bernaung. Betapa kamu boleh berkata kepadaku: “Terbanglah seperti burung ke gunungmu.


Apabila kamu dianiaya di sesuatu bandar, larilah ke bandar lain. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Anak Manusia akan datang semula sebelum kamu sempat menyelesaikan kunjungan di semua bandar di Tanah Israel.


Dari situ Daud berpindah ke Mizpa di Moab. Berkatalah dia kepada raja Moab, “Izinkanlah ayah dan ibu hamba datang ke mari dan tinggal dengan tuanku, sampai hamba mengetahui apa yang akan dilakukan Allah terhadap hamba.”


Akan tetapi, nabi Gad berkata kepada Daud, “Jangan tinggal di kubu pertahanan ini. Pergilah, masuklah ke Tanah Yehuda.” Maka pergilah Daud lalu masuk ke Hutan Keret.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan