Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dari situ Daud berpindah ke Mizpa di Moab. Berkatalah dia kepada raja Moab, “Izinkanlah ayah dan ibu hamba datang ke mari dan tinggal dengan tuanku, sampai hamba mengetahui apa yang akan dilakukan Allah terhadap hamba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata kepada raja Moab, “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata kepada raja Moab, “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:3
15 Iomraidhean Croise  

Yusuf menyediakan tempat menetap bagi ayahnya dan para saudaranya. Dia memberikan kepada mereka tanah di daerah yang terbaik di Mesir, iaitu di Tanah Rameses, menurut perintah Firaun.


Raja Daud juga mengalahkan orang Moab. Dia menyuruh mereka berbaring di tanah lalu mengukur mereka dengan tali. Barisan orang sepanjang dua ukuran tali itu dibunuh manakala barisan yang sepanjang satu ukuran tali dibiarkan hidup. Kemudian orang Moab menjadi hamba Daud dan harus mempersembahkan ufti kepadanya.


Hormatilah ibu bapamu, supaya lanjut usiamu di bumi yang TUHAN, Allahmu, kurniakan kepadamu.


Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka harus terlebih dahulu mengamalkan kesalihan di rumah dan membalas budi orang tua mereka, kerana ini baik dan diredai Allah.


Lalu Roh TUHAN turun ke atas Yefta. Dia berjalan melintasi daerah Gilead dan Manasye, lalu melintasi Mizpa di Gilead, dan dari Mizpa di Gilead dia melintas ke daerah bani Amon.


Seterusnya Rut, perempuan bani Moab iaitu isteri Mahlon, aku jadikan isteriku untuk menaikkan nama si mati atas harta pusakanya agar namanya tidak tersingkir daripada saudara-maranya dan daripada tempat tumpah darahnya; dan pada hari ini kamulah saksi bagi hal ini.”


Para jiran wanita menamakan bayi itu sambil berkata, “Kepada Naomi, seorang putera telah dilahirkan.” Lalu mereka menamakan bayi itu Obed. Dan Obed ialah bapa Isai, iaitu bapa Daud.


Setelah Saul menjadi raja Israel, dia memerangi kesemua musuhnya di segala penjuru. Dilawannya Moab, bani Amon, Edom, raja-raja Zoba, dan orang Filistin. Ke mana-mana pun dia pergi, dibuatnya mereka susah.


Semua orang yang ada dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul bersama-samanya, dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus orang lelaki yang menyertainya.


Lalu dia membawa mereka menghadap raja Moab, dan mereka pun tinggal bersama dengannya selama Daud berada di kubu pertahanan.


Maka Samuel memberitahu kepadanya segala hal itu tanpa menyembunyikan apa-apa. Kata Eli, “Dialah TUHAN. Biarlah Dia melakukan apa yang dipandang baik oleh-Nya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan