Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Semua orang yang ada dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul bersama-samanya, dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus orang lelaki yang menyertainya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Semua orang yang tertindas, atau yang mempunyai hutang, atau yang berasa tidak puas, juga bergabung dengan Daud, lalu Daud menjadi pemimpin mereka. Jumlah pengikut Daud ada kira-kira empat ratus orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Semua orang yang tertindas, atau yang mempunyai hutang, atau yang berasa tidak puas, juga bergabung dengan Daud, lalu Daud menjadi pemimpin mereka. Jumlah pengikut Daud ada kira-kira empat ratus orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:2
22 Iomraidhean Croise  

Kata Husai pula, “Tuanku tahu bahawa ayah Tuanku dan anak buahnya itu memang kesateria, dan mereka sedang panas hati seperti seekor beruang yang kehilangan anaknya di padang. Apatah lagi, ayah tuanku sememangnya seorang pejuang. Tentunya dia tidak akan bermalam bersama-sama rakyat,


Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja atas kami, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN pun telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah yang akan menggembala umat-Ku, Israel, dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas orang Israel.’ ”


“Kembalilah dan katakanlah kepada Hizkia, pemimpin umat-Ku, ‘Beginilah firman TUHAN, Allah Daud, leluhurmu, “Telah Kudengar doamu dan telah Kulihat air matamu. Sesungguhnya, Aku akan menyembuhkan engkau. Pada hari ketiga engkau akan pergi ke Bait TUHAN.


Lalu salah seorang isteri daripada rombongan nabi mengadu kepada Elisa demikian, “Hambamu, iaitu suamiku, sudah meninggal. Tuan tahu betapa dahulunya memang hambamu itu seorang yang takut kepada TUHAN. Tetapi sekarang si pemiutang datang untuk mengambil kedua-dua orang anakku untuk dijadikan abdinya.”


Berikanlah minuman keras kepada orang yang hampir mati, dan air anggur kepada orang yang getir hatinya.


Sejak kedatangan Yohanes Pembaptis hinggalah ke hari ini, kerajaan syurga telah diserang oleh orang yang ingin menguasainya melalui kekerasan dan keganasan, dan orang yang ganas berusaha menguasainya dengan kekerasan.


Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan.


Allah, yang segala-galanya adalah untuk-Nya dan segala-galanya dicipta oleh-Nya, membawa beberapa ramai anak-Nya kepada kemuliaan. Memang wajarlah Dia menjadikan Perintis penyelamatan mereka itu sempurna melalui penderitaan.


Yefta pun lari meninggalkan para saudaranya itu lalu menetap di Tanah Tob; di sana penjahat berkumpul bersama-samanya dan pergilah mereka bersama dengannya.


Berkatalah bani Dan kepadanya, “Janganlah suaramu kedengaran lagi kepada kami sampai ada orang menyerang kamu sehingga kamu serta seisi rumahmu kehilangan nyawa.”


Dengan hati yang pedih, berdoalah Hana kepada TUHAN sambil menangis tersedu-sedu.


Dari situ Daud berpindah ke Mizpa di Moab. Berkatalah dia kepada raja Moab, “Izinkanlah ayah dan ibu hamba datang ke mari dan tinggal dengan tuanku, sampai hamba mengetahui apa yang akan dilakukan Allah terhadap hamba.”


Maka Daud dan orangnya, kira-kira enam ratus orang banyaknya, segera keluar dari Kehila dan pergi ke mana-mana sahaja mereka dapat pergi. Saul tidak jadi pergi setelah diberitahukan kepadanya bahawa Daud telah melarikan diri dari Kehila.


Maka kata Daud kepada anak buahnya, “Sandanglah pedang masing-masing!” Lalu mereka menyandang pedang masing-masing, dan begitu juga Daud. Ada kira-kira empat ratus orang yang pergi mengikuti Daud, sementara dua ratus orang lainnya tinggal untuk menjaga barang-barang mereka.


Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya.


“Esok, pada waktu seperti ini, Aku akan menyuruh seorang lelaki dari Tanah Benyamin datang kepadamu. Lantiklah dia untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, orang Israel. Dia akan menyelamatkan umat-Ku daripada tangan orang Filistin, kerana Aku telah memperhatikan umat-Ku. Seruan mereka telah sampai kepada-Ku.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan