Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 21:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Daud berkata kepada Ahimelekh, “Tidak adakah padamu di sini tombak atau pedang? Aku tidak membawa pedang ataupun senjata, kerana urusan raja itu mendesak.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Daud bertanya kepada Ahimelekh, “Adakah imam menyimpan tombak atau pedang yang dapat saya guna? Perintah raja sangat mendadak sehingga saya berangkat dengan sangat tergesa-gesa dan tidak sempat lagi mengambil pedang atau senjata yang lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Daud bertanya kepada Ahimelekh, “Adakah imam menyimpan tombak atau pedang yang dapat saya guna? Perintah raja sangat mendadak sehingga saya berangkat dengan sangat tergesa-gesa dan tidak sempat lagi mengambil pedang atau senjata yang lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 21:8
6 Iomraidhean Croise  

Para utusan pantas yang menunggang kuda teji kerajaan pun bersegeralah pergi atas perintah raja itu. Undang-undang itu juga dibentangkan di dalam puri Susan.


Janganlah bawa dompet atau beg atau kasut dan jangan berhenti di jalan untuk bersalam dengan sesiapa pun.


Pada hari itu juga, ada salah seorang pegawai Saul di sana yang sedang memenuhi kewajipan kepada TUHAN. Namanya Do'eg, orang Edom, pemimpin gembala Saul.


Kata imam itu, “Pedang Goliat, orang Filistin yang kaubunuh di Lembah Elah itu, ada di sini, terbungkus di dalam kain di belakang baju efod. Jika engkau mahu mengambilnya, ambillah. Di sini tidak ada yang lain kecuali sebilah itu.” Kata Daud, “Pedang itu tidak ada bandingannya. Berikanlah kepadaku.”


Kata Daud kepada Abyatar, “Pada hari itu, ketika Do'eg, orang Edom itu, berada di sana, aku tahu bahawa dia pasti akan memberitahukan hal berkenaan kepada Saul. Akulah yang menyebabkan kematian seluruh anggota keluargamu.


Kemudian berkatalah Do'eg, orang Edom, yang berdiri dekat para pegawai Saul, “Kulihat anak Isai itu mendatangi Ahimelekh anak Ahitub di Nob.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan