Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 21:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Jawab Daud kepada Imam Ahimelekh, “Raja menugaskan aku untuk mengurus suatu perkara. Titahnya kepadaku, ‘Jangan seorang pun tahu tentang urusan yang kutugaskan dan kuperintahkan kepadamu ini.’ Oleh sebab itu kuarahkan orangku untuk pergi ke sebuah tempat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Daud menjawab, “Saya diserahi tugas oleh raja dan dilarang memberitahu sesiapa pun tentang tugas itu. Oleh itu saya menyuruh anak buah saya menunggu di suatu tempat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Daud menjawab, “Saya diserahi tugas oleh raja dan dilarang memberitahu sesiapa pun tentang tugas itu. Oleh itu saya menyuruh anak buah saya menunggu di suatu tempat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 21:2
13 Iomraidhean Croise  

Kata Ishak kepada anaknya, “Bagaimanakah kamu mendapatkannya secepat itu, anakku?” Jawabnya, “Sebab TUHAN, Allahmu, membuat aku berhasil.”


Akan tetapi, dia masih bertanya, “Sungguhkah kamu ini anakku Esau?” Jawabnya, “Ya.”


Lalu kata orang itu kepadanya, “Aku pun seorang nabi, sama seperti engkau. Ada malaikat yang bersabda kepadaku atas perintah TUHAN demikian, ‘Bawalah dia pulang bersamamu ke rumahmu, supaya dia makan roti dan minum air.’ ” Tetapi dia berbohong kepadanya.


Bebaskan aku daripada jalan dusta; dan berilah aku hukum-Mu dengan limpah kasih kurnia.


Jagalah, ya TUHAN, mulutku; awasilah pintu bibirku.


Hari ini juga Asyur akan berhenti di Nob. Dia akan mengacung-acungkan tinjunya kepada gunung puteri Sion, iaitu bukit Yerusalem.


Sebelum beberapa orang datang daripada Yakobus, Petrus makan bersama bangsa asing. Akan tetapi apabila mereka datang, dia berundur dan mengasingkan diri, disebabkan takut akan orang yang berpegang kepada persunatan.


Jangan bercakap bohong satu sama lain, kerana kamu sudah melucutkan dirimu yang lama itu dengan segala kelakuannya


Kata Saul kepada Mikhal, “Mengapakah engkau memperdaya aku seperti itu dan melepaskan musuhku pergi sehingga dia terselamat?” Jawab Mikhal kepada Saul, “Dia berkata kepadaku, ‘Biarkanlah aku pergi. Apakah harus aku membunuh engkau?’ ”


Sekarang, apakah yang ada padamu? Berilah aku lima ketul roti atau apa sahaja yang ada.”


Kata Daud kepada Abyatar, “Pada hari itu, ketika Do'eg, orang Edom itu, berada di sana, aku tahu bahawa dia pasti akan memberitahukan hal berkenaan kepada Saul. Akulah yang menyebabkan kematian seluruh anggota keluargamu.


Kemudian berkatalah Do'eg, orang Edom, yang berdiri dekat para pegawai Saul, “Kulihat anak Isai itu mendatangi Ahimelekh anak Ahitub di Nob.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan