Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 20:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Tetapi Daud bersumpah lagi, katanya, “Ayahmu tahu betul betapa sukanya engkau terhadapku. Jadi fikirnya, ‘Jangan sampai hal ini diketahui Yonatan sehingga bersusah hati pula dia.’ Akan tetapi, demi TUHAN yang hidup, dan demi hidupmu, hanya selangkah jarak di antara aku dengan maut.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Daud menjawab, “Bapamu tahu engkau sangat mengasihi aku. Oleh itu bapamu tidak memberitahu engkau apa yang dicadangkannya, supaya engkau tidak bersedih. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa sesungguhnya hidupku diancam maut!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Daud menjawab, “Bapamu tahu engkau sangat mengasihi aku. Oleh itu bapamu tidak memberitahu engkau apa yang dicadangkannya, supaya engkau tidak bersedih. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa sesungguhnya hidupku diancam maut!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 20:3
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi Itai menjawab raja demikian, “Demi TUHAN yang hidup dan demi hidup Tuanku Raja, sesungguhnya di mana-mana sahaja Tuanku Raja berada, baik hidup mahupun mati, di situ pulalah hambamu akan berada.”


Kata Elia kepada Elisa, “Tinggal sajalah di sini, kerana TUHAN menyuruh aku ke Betel.” Jawab Elisa, “Demi TUHAN yang hidup, dan demi hidup tuan sendiri, hamba tidak akan meninggalkan tuan.” Lalu pergilah mereka ke Betel.


Kata Elia kepadanya, “Elisa, tinggal sajalah di sini, kerana TUHAN menyuruh aku ke Yerikho.” Jawabnya, “Demi TUHAN yang hidup, dan demi hidup tuan sendiri, hamba tidak akan meninggalkan tuan.” Lalu sampailah mereka di Yerikho.


Kata Elia kepadanya, “Tinggal sajalah di sini, kerana TUHAN menyuruh aku ke Sungai Yordan.” Jawabnya, “Demi TUHAN yang hidup, dan demi hidup tuan sendiri, hamba tidak akan meninggalkan tuan.” Lalu berjalanlah kedua-dua orang itu.


Azab maut telah mengelilingiku, dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan.


Maka Raja Zedekia bersumpah secara diam-diam kepada Yeremia, katanya, “Demi TUHAN yang hidup, yang menjadikan nyawa kita ini, aku tidak akan menjatuhkan hukuman mati atasmu dan tidak akan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang yang mengancam nyawamu itu.”


jika engkau bersumpah, ‘Demi TUHAN yang hidup’ dalam kebenaran, keadilan dan ketulusan, maka bangsa-bangsa akan mendapat berkat kerana Dia dan akan bermegah kerana Dia.”


Hidupmu akan terkatung-katung. Siang dan malam kamu akan ketakutan, dan tidak ada kepastian dalam hidupmu.


Takutlah kepada TUHAN, Allahmu, beribadatlah kepada-Nya, dan bersumpahlah demi nama-Nya.


Orang memang bersumpah dengan nama yang lebih besar daripada dirinya, dan suatu sumpah sebagai pengesahan mengakhiri segala pertikaian.


Kata perempuan itu, “Ya tuanku, demi hidup tuan, hambalah perempuan yang dahulu berdiri di sini dekat tuan sambil berdoa kepada TUHAN.


Pada waktu Saul melihat Daud maju menghadapi orang Filistin itu, dia bertanya kepada Abner, panglima tenteranya, “Anak siapakah orang muda itu, Abner?” Jawab Abner, “Demi hidupmu, ya Raja, hamba tidak tahu.”


Kata Yonatan kepadanya, “Sekali-kali hal itu tidak akan berlaku! Malahan engkau tidak akan mati. Ketahuilah, ayahku tidak akan melakukan satu hal pun, besar atau kecil, tanpa menyatakannya kepadaku. Mengapakah ayahku harus menyembunyikan hal ini daripadaku? Bukan begitunya hal ini!”


Kata Yonatan kepada Daud, “Akan kulakukan untukmu apa sahaja kehendak hatimu.”


Sekarang, ya tuanku, demi TUHAN yang hidup, dan demi hidup tuan yang dicegah TUHAN untuk menumpahkan darah orang dan menuntut balas dengan tangan tuan sendiri, biarlah musuh-musuh tuan dan orang yang mengikhtiarkan kejahatan terhadap tuanku menjadi seperti Nabal.


Terfikirlah Daud dalam hatinya, “Bagaimanapun juga pada suatu hari aku akan binasa di tangan Saul. Oleh itu, tidak ada yang lebih baik bagiku selain berlari dan menyelinap ke negeri orang Filistin; tatkala itu tentunya Saul tiada harapan untuk mencari aku lagi di seluruh daerah Israel dan akan terlepaslah aku daripada tangannya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan