Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 20:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kata Yonatan kepadanya, “Sekali-kali hal itu tidak akan berlaku! Malahan engkau tidak akan mati. Ketahuilah, ayahku tidak akan melakukan satu hal pun, besar atau kecil, tanpa menyatakannya kepadaku. Mengapakah ayahku harus menyembunyikan hal ini daripadaku? Bukan begitunya hal ini!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Yonatan menjawab, “Jangan berkata begitu! Demi Allah, engkau tidak akan dibunuh! Bapaku selalu memberitahu aku segala rancangannya, yang mustahak mahupun yang tidak mustahak. Dia tidak pernah merahsiakan apa pun terhadap aku. Perkara itu tidak benar!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Yonatan menjawab, “Jangan berkata begitu! Demi Allah, engkau tidak akan dibunuh! Bapaku selalu memberitahu aku segala rancangannya, yang mustahak mahupun yang tidak mustahak. Dia tidak pernah merahsiakan apa pun terhadap aku. Perkara itu tidak benar!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 20:2
14 Iomraidhean Croise  

Jawab mereka kepadanya, “Mengapa tuanku mengucapkan kata-kata seperti itu? Jangan sekali-kali hamba-hambamu ini melakukan hal semacam itu!


Korban dan persembahan tidak Kauingini, tetapi Engkau telah membukakan telingaku; persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidak Kauredai.


Sesiapa bersekutu dengan pencuri, membenci jiwanya sendiri; dia mendengar sumpah, tetapi tidak mahu menyatakan apa-apa.


Tuhan ALLAH telah membuka telingaku dan aku tidak memberontak. Aku tidak mundur.


Sudah tentu dia akan datang dan membunuh para penyewa itu lalu menyewakan ladang anggur itu kepada orang lain pula.” Setelah orang ramai itu mendengar ibarat ini, mereka berkata, “Semoga tidak begitu!”


Aku tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu.


Firman yang Kauberikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka menerimanya. Mereka benar-benar tahu bahawa Aku sesungguhnya berasal daripada-Mu, dan percaya bahawa Engkau telah mengutus-Ku.


Kami tidak akan sekali-kali menderhaka terhadap TUHAN serta berhenti mengikuti TUHAN pada hari ini dengan mendirikan mazbah untuk korban bakaran, persembahan bahan makanan, atau korban sembelihan selain mazbah TUHAN, Allah kita, yang terletak di depan Khemah Suci-Nya!”


Jawab bangsa itu, “Kami tidak akan sekali-kali meninggalkan TUHAN untuk beribadat kepada tuhan-tuhan lain!


Akan tetapi, rakyat berkata kepada Saul, “Haruskah Yonatan dihukum mati, padahal dia telah melakukan penyelamatan yang besar dalam kalangan orang Israel? Jangan sekali-kali hal itu terjadi! Demi TUHAN yang hidup, sehelai rambut kepalanya pun tidak akan jatuh ke tanah, kerana pada hari ini dia telah bertindak bersama-sama Allah.” Demikianlah rakyat melepaskan Yonatan sehingga dia tidak dihukum mati.


Maka larilah Daud dari Nayot, dekat Rama lalu sampailah dia kepada Yonatan. Berkatalah dia, “Apakah yang telah kuperbuat? Apakah kesalahanku dan apa dosaku terhadap ayahmu, sehingga dia ingin sekali mencabut nyawaku?”


Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, “Demi TUHAN, Allah Israel, aku akan merisik apakah sikap sebenar ayahku esok atau lusa pada waktu seperti ini. Jika memang baik keadaannya bagi Daud, masakan aku tidak menyuruh orang kepadamu dan menyatakannya kepadamu?


Tetapi Daud bersumpah lagi, katanya, “Ayahmu tahu betul betapa sukanya engkau terhadapku. Jadi fikirnya, ‘Jangan sampai hal ini diketahui Yonatan sehingga bersusah hati pula dia.’ Akan tetapi, demi TUHAN yang hidup, dan demi hidupmu, hanya selangkah jarak di antara aku dengan maut.”


Sehari sebelum kedatangan Saul, TUHAN telah menyatakan kepada Samuel demikian,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan