Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 20:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Maka larilah Daud dari Nayot, dekat Rama lalu sampailah dia kepada Yonatan. Berkatalah dia, “Apakah yang telah kuperbuat? Apakah kesalahanku dan apa dosaku terhadap ayahmu, sehingga dia ingin sekali mencabut nyawaku?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 20:1
19 Iomraidhean Croise  

Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku — mereka tidak ingat akan Allah. Sela


Inilah kebanggaan kami, dan hati nurani kami bersaksi demikian, iaitu dalam kalangan semua orang, terutamanya dalam kalanganmu, kami hidup di dunia dengan kesucian dan keikhlasan yang datang daripada Allah. Kami melakukan ini bukan dengan kebijaksanaan kami sebagai manusia, tetapi dengan kasih kurnia Allah.


Nyatalah bahawa Tuhan mengetahui cara menyelamatkan orang yang warak daripada godaan dan mengasingkan orang durjana untuk dihukum pada hari penghakiman,


Oleh yang demikian, saudara-saudara yang kukasihi, jika hati nurani kita tidak menyalahkan kita, kita dapat menghadap Allah dengan tetap hati.


Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”


Saul mengatakan kepada Yonatan, anaknya, dan kepada semua pegawainya bahawa Daud harus dibunuh. Akan tetapi, Yonatan anak Saul sangat suka pada Daud.


Daud lari menyelamatkan diri. Pergilah dia kepada Samuel di Rama dan memberitahukan kepadanya segala sesuatu yang dilakukan Saul terhadapnya. Lalu pergilah dia bersama-sama Samuel dan tinggal di Nayot.


Kata Yonatan kepadanya, “Sekali-kali hal itu tidak akan berlaku! Malahan engkau tidak akan mati. Ketahuilah, ayahku tidak akan melakukan satu hal pun, besar atau kecil, tanpa menyatakannya kepadaku. Mengapakah ayahku harus menyembunyikan hal ini daripadaku? Bukan begitunya hal ini!”


Akan tetapi, Yonatan menjawab Saul, ayahnya. Katanya, “Mengapakah dia harus dibunuh? Apakah yang telah dilakukannya?”


Lihatlah, ayahku, lihatlah punca jubah tuanku di tangan hamba ini. Hamba mengerat punca jubah tuanku, namun tidak membunuh tuanku. Ketahuilah dan sedarilah bahawa tidak ada kejahatan atau kederhakaan daripada pihak hamba. Hamba tidak berbuat dosa terhadap tuanku, sekalipun tuanku memburu hamba untuk mencabut nyawa hamba.


Semoga TUHAN menjadi hakim antara hamba dengan tuanku, dan semoga TUHAN membalas perbuatan tuanku terhadap hamba, namun tangan hamba tidak akan menyentuh tuanku.


Katanya kepada Daud, “Engkau lebih benar daripada aku, kerana engkau telah berbuat baik terhadap aku, padahal aku berbuat jahat terhadap engkau.


Lalu berkatalah Daud kepada Saul, “Mengapakah tuanku mendengar kata-kata kalangan yang mengatakan, ‘Ketahuilah, Daud berikhtiar mencederakan tuanku’?”


Katanya pula, “Mengapakah tuanku mengejar hambanya ini? Apakah yang telah hamba lakukan? Kejahatan apa yang ada di tangan hamba?


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan