Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Dia akan memelihara langkah kalangan yang salih, tetapi orang fasiq akan tersingkir ke dalam kegelapan, kerana berdayanya seseorang bukan atas kekuatannya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia, tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia, tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:9
41 Iomraidhean Croise  

Dia diusir dari cahaya ke dalam gelap, dihalau dari dunia.


Kuburlah mereka bersama-sama dalam debu, selubungilah muka mereka di tempat yang tersembunyi.


Dengan demikian orang miskin mempunyai harapan, dan kezaliman tutup mulut.


Engkau akan dapati khemahmu selamat sejahtera, ketika engkau memeriksa kediamanmu, engkau tidak akan kehilangan apa-apa.


Kerana TUHAN menaungi jalan orang benar, tetapi jalan orang zalim akan binasa.


Dia membawa umat-Nya keluar dengan perak dan emas, dan tiada yang lemah antara suku-suku-Nya.


Dia tidak akan membenarkan kakimu diganjakkan — Dia yang memeliharamu tidak akan lena;


TUHAN ialah pemeliharamu — TUHAN ialah naunganmu di tangan kananmu;


TUHAN akan melindungi pemergianmu dan kepulanganmu dari sekarang untuk selama-lamanya.


TUHAN memelihara semua yang mengasihi-Nya, tetapi semua orang zalim akan dimusnahkan-Nya.


Jangan biarkan aku malu, ya TUHAN, kerana aku telah berseru kepada-Mu; biarlah orang zalim ditimpa malu biarlah mereka membisu dalam kubur.


Kerana TUHAN kasih akan keadilan dan tidak akan meninggalkan umat-Nya yang warak. Mereka dipeliharakan selama-lamanya, tetapi keturunan orang zalim akan disingkiri.


Jika aku berkata, “Kakiku tergelincir,” maka kasih-Mu, ya TUHAN, akan menegakkanku.


Kamu yang kasih akan TUHAN, bencilah kejahatan, Dia memelihara jiwa umat-Nya yang warak. Dia melepaskan mereka daripada tangan orang zalim.


Hati manusia merancang jalannya, tetapi TUHAN sajalah yang menentukan langkahnya.


Dia menjaga jalan keadilan, dan memelihara jalan orang salih-Nya.


kerana TUHAN sumber keyakinanmu, dan akan menjaga kakimu daripada terjerat.


Malah sepanjang usianya dia makan dalam kegelapan dan penuh dukacita serta mengalami pelbagai kesusahan, kesakitan dan kekesalan.


Satu lagi yang kulihat di bawah matahari ialah perlumbaan tidak dimenangi baik oleh pelari yang pantas mahupun perjuangan diungguli mereka yang terkuat. Begitu jugalah tidak semestinya rezeki untuk yang bijaksana atau kekayaan untuk mereka yang bestari. Begitu juga kelebihan bukan khusus bagi kalangan yang mahir kerana masa dan nasib dialami mereka semua.


Aku, TUHAN, penjaganya. Aku menyiraminya setiap saat. Aku menjaganya siang dan malam supaya tidak ada yang mengusiknya.


Duduklah membisu dan masuklah ke dalam gelap, wahai puteri Kasdim, kerana engkau tidak akan lagi disebut permaisuri kepada kerajaan-kerajaan.


Mengapakah kita duduk-duduk sahaja? Berkumpullah dan marilah kita masuk ke kota-kota yang berkubu, lalu binasa di sana! TUHAN, Allah kita, telah membinasakan kita, dan memberi kita minum air beracun, kerana kita telah berdosa terhadap TUHAN.


Beginilah firman TUHAN, “Janganlah orang bijak bermegah kerana kebijaksanaannya, janganlah orang kuat bermegah kerana kekuatannya, janganlah orang kaya bermegah kerana kekayaannya,


Tetapi dengan banjir yang melanda Dia akan sepenuhnya memusnahkan Niniwe. Dia akan mengejar para musuh-Nya ke dalam kegelapan.


Hari itu hari kemurkaan, hari penderitaan dan pembinasaan, hari kehancuran dan kebinasaan, hari kegelapan dan kekelaman, hari berawan dan kelam pekat.


Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta.


“TUHAN memberkati kamu dan melindungi kamu.


Sebaliknya, anak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalam kegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.”


Kita tahu bahawa segala yang tersurat dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu, tiada siapa pun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.


Benarlah, Dia mengasihi umat-Nya, semua orang suci-Nya — sememangnya mereka di dalam tangan-Mu. Mereka duduk di kaki-Mu dan menerima panduan daripada firman-Mu.


Kamu dipelihara dengan kuasa Allah, melalui iman untuk penyelamatan yang akan ternyata sepenuhnya pada akhir zaman.


Mereka ini ibarat mata air yang kering dan kabus yang ditiup ribut. Kegelapan yang hitam pekat tersedia untuk mereka.


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Yesus Kristus:


Mereka laksana ombak ganas di lautan yang membuihkan perbuatan aib. Mereka seperti bintang beredar yang telah ditentukan tempatnya dalam kegelapan yang hitam pekat untuk selama-lamanya.


Saudara-saudara yang kukasihi, ketika aku cuba menulis kepadamu tentang penyelamatan yang telah kita terima bersama, hatiku tergerak hendak memberikan perangsang kepadamu supaya terus berjuang untuk iman yang telah dikurniakan Allah kepada orang salih-Nya cuma sekali untuk selama-lamanya.


Sekarang, ya tuanku, demi TUHAN yang hidup, dan demi hidup tuan yang dicegah TUHAN untuk menumpahkan darah orang dan menuntut balas dengan tangan tuan sendiri, biarlah musuh-musuh tuan dan orang yang mengikhtiarkan kejahatan terhadap tuanku menjadi seperti Nabal.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan