Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:7 - Alkitab Versi Borneo

7 TUHAN memapakan dan mengayakan, Dia merendahkan dan juga meninggikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:7
17 Iomraidhean Croise  

Maka bangkitlah Yehu dan masuk ke dalam rumah. Kemudian nabi muda itu menuangkan minyak ke atas kepalanya dan berkata kepadanya, “Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Aku melantik engkau menjadi raja atas umat TUHAN, iaitu atas Israel.


Kekayaan dan hormat berasal daripada-Mu, dan Engkaulah yang menguasai segala sesuatu. Memang dalam tangan-Mu ada kuasa dan keperkasaan. Memang dalam tangan-Mu kuasa untuk membesarkan dan menguatkan segala sesuatu.


Hizkia memiliki kekayaan dan kehormatan yang sangat besar. Dia membuat perbendaharaan bagi perak, emas, permata, rempah-ratus, perisai, dan segala alat kelengkapan yang indah-indah.


Selain itu, dia membuat kota-kota baginya dan memperoleh kawanan domba dan kawanan lembu dalam jumlah yang besar kerana Allah mengurniakan banyak sekali harta benda kepadanya.


katanya, “Dengan telanjang aku keluar daripada kandungan ibuku, dan dengan telanjang juga aku akan pergi. TUHAN yang memberikan; TUHAN yang mengambil, segala puji bagi nama TUHAN!”


Pandanglah setiap orang yang sombong dan tundukkanlah dia, injaklah orang fasiq di tempatnya.


Dia menempatkan orang bawahan pada kedudukan yang tinggi, dan orang yang berdukacita diangkat supaya selamat.


kerana kemarahan dan kemurkaan-Mu, kerana Engkau telah mengangkatku, kemudian menghumbankan aku.


Tetapi Allah yang menjadi hakim: Dia menurunkan seseorang dan meninggikan orang lain.


Kerana di tangan TUHAN ada cawan dan air anggur-Nya merah; sudah cukup dibancuh, lalu Dia menuangkannya, sesungguhnya semua orang zalim di bumi akan meneguknya sampai habis setiap titik.


Orang kaya dan orang miskin mempunyai kesamaan: TUHAN yang menjadikan mereka semua.


Sungguh, TUHAN alam semesta, menetapkan satu hari pembalasan bagi semua orang yang sombong dan bongkak, bagi semua orang yang meninggikan diri, supaya mereka direndahkan;


Sesungguhnya, Aku akan menjadikan engkau kecil di antara bangsa dan dihina antara kalangan manusia.


Segala pokok di padang akan tahu bahawa Aku, TUHAN, telah merendahkan pokok yang tinggi dan meninggikan pokok yang rendah, mengeringkan pokok yang segar dan membuat pokok yang kering bertunas kembali. Aku, TUHAN, telah berfirman dan akan melaksanakannya.’ ”


Rendahkan dirimu di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikanmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan