Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:23 - Alkitab Versi Borneo

23 Katanya kepada mereka, “Mengapakah kamu melakukan hal-hal semacam itu? Kudengar khabar tentang segala kejelikan perbuatan kamu terhadap seluruh umat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Oleh itu Eli berkata kepada anak-anaknya, “Aku sudah diberitahu oleh setiap orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu melakukan hal itu?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

23 Oleh itu Eli berkata kepada anak-anaknya, “Aku sudah diberitahu oleh setiap orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu melakukan hal itu?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:23
9 Iomraidhean Croise  

Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia.


“Mengapa kamu berbuat begini? Kami manusia biasa seperti kamu sekalian! Kami datang membawa berita baik supaya kamu berhenti daripada pemujaan yang sia-sia ini dan datang kepada Allah yang hidup, yang menjadikan langit, bumi dan laut serta segala yang di dalamnya.


Dia rebah ke bumi lalu mendengar suara berkata, “Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?”


Adakah mereka berasa malu ketika mereka melakukan kekejian? Tidak, mereka tidak malu sama sekali! Bahkan mereka tidak menyedari aib mereka. Oleh sebab itu mereka akan jatuh di antara orang yang jatuh, mereka akan tersandung pada waktu Aku menghukum mereka,” demikianlah firman TUHAN.


Oleh sebab itu hujan lebat tertahan, dan hujan akhir musim tidak turun. Namun demikian, pendirianmu seperti perempuan sundal, dan engkau tidak tahu malu.


Air muka mereka menjadi saksi bagi mereka. Mereka mempamerkan dosa-dosa mereka seperti Sodom, bukannya menyembunyikannya. Malangnya orang itu, kerana mereka mendatangkan malapetaka kepada diri mereka sendiri!


Seumur hidupnya, Adonia belum pernah ditegur oleh ayahnya dengan berkata, “Mengapakah engkau berbuat begitu?” Parasnya sangat tampan. Dia lahir setelah Absalom.


Eli sudah sangat tua. Dia mendengar segala sesuatu yang dilakukan anak-anaknya terhadap semua orang Israel dan bahawa mereka tidur dengan perempuan-perempuan yang menunaikan tugas di muka pintu Khemah Pertemuan.


Jangan begitu, anak-anakku. Yang kudengar ialah khabar buruk yang tersebar dalam kalangan umat TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan