Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Tiada yang suci seperti TUHAN. Tiada yang lain kecuali Engkau, tiada batu pejal seperti Allah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:2
37 Iomraidhean Croise  

Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku, dan penyelamatku. Engkau menyelamatkan aku daripada keganasan.


Siapakah Allah selain TUHAN, dan siapakah batu pejal selain Allah kita?


Oleh sebab itu, Engkau Yang Maha Besar, ya TUHAN Allah, kerana tidak ada yang seperti Engkau. Tidak ada Allah selain Engkau, menurut segala sesuatu yang kami dengar dengan telinga kami.


Katanya, “Ya TUHAN, Allah Israel, tidak ada Allah yang seperti Engkau, baik di langit di atas mahupun di bumi di bawah. Engkau berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi bagi hamba-hamba-Mu yang hidup di hadapan-Mu dengan segenap hati mereka.


Dia telah menghantar kebebasan kepada umat-Nya; Dia telah memberikan perintah tentang perjanjian-Nya untuk selama-lamanya — Maha Kudus dan Maha Tinggi nama-Nya.


TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku; Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku.


Tiada Allah melainkan TUHAN, tiada Batu Pejal melainkan Allah kita.


Perbenaran-Mu, ya Allah, mencecah langit, Engkau telah membuat perkara yang besar-besar. Ya Allah, siapa yang serupa dengan-Mu?


Jadilah batu pejal perlindunganku yang perkasa, tempat aku bernaung setiap waktu; Engkau telah memberikan perintah supaya aku diselamatkan, kerana Engkaulah batu pejal dan kubuku.


Siapa yang ada untukku di syurga melainkan Engkau? Dan tiada siapa di bumi yang kuingini selain Engkau.


Tiada tuhan seperti-Mu, ya Tuhan; dan tiada yang dapat melakukan apa yang Kaulakukan.


Kerana siapa di langit yang dapat dibandingkan dengan TUHAN? Siapa antara anak orang berkuasa dapat disamakan dengan TUHAN?


Ya TUHAN, Allah alam semesta, siapakah yang berkuasa seperti-Mu? Ya TUHAN, kesetiaan-Mu juga di sekeliling-Mu.


Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan — Dia Maha Kudus.


Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya; Dia Maha Kudus.


Tinggikanlah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya, kerana TUHAN Allah kita Maha Kudus.


Siapakah seperti Engkau di antara tuhan, ya TUHAN? Siapakah seperti Engkau, mulia dalam kesucian, mengerikan dalam puji-pujian, wahai Engkau pembuat keajaiban?


Dengan siapakah kamu hendak menyamakan Allah? Dengan gambaran apakah kamu hendak membandingkan Dia?


Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN alam semesta: ‘Akulah yang pertama dan Akulah yang terakhir, tidak ada Allah selain Aku.


Jangan gentar dan jangan takut. Bukankah sejak dahulu Aku sudah mengkhabarkan dan memberitahu hal itu kepadamu? Kamulah saksi-saksi-Ku. Adakah Allah selain Aku? Tidak ada Batu Pejal yang lain! Tidak Kukenal!’ ”


Kerana beginilah firman Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mulia, yang bersemayam dalam kekekalan dan yang suci nama-Nya, “Aku bersemayam di tempat yang tinggi dan suci, tetapi juga bersama-sama orang yang hancur hati dan rendah hati, untuk menyegarkan semangat orang yang rendah hati dan untuk menyegarkan hati yang hancur.


Mereka saling berseru, katanya, “Suci, suci, sucilah TUHAN alam semesta! Seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya!”


Tidak ada yang seperti Engkau, ya TUHAN! Engkau Maha Besar dan Nama-Mu besar oleh keperkasaan.


Akulah TUHAN, Allahmu. Oleh itu, sucikanlah dirimu dan jadilah suci kerana Aku ini suci. Jangan najiskan dirimu dengan segala haiwan yang berkerumun yang merayap di atas bumi.


Akulah TUHAN yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir supaya Aku menjadi Allahmu. Jadilah suci kerana Aku ini suci.


“Katakanlah kepada seluruh jemaah Israel, ‘Hendaklah kamu suci, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, suci.


Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penghiburan daripada Kitab Suci itu kita mendapat harapan.


Diberkatilah orang yang dosanya tidak diperhitungkan Tuhan.”


‘Ya Tuhan ALLAH, Engkau telah mulai menyatakan kepada hamba-Mu ini kebesaran-Mu dan kekuatan-Mu, kerana tuhan manakah di langit atau di bumi dapat melakukan perbuatan yang perkasa seperti Engkau?


Firman-Nya, ‘Aku akan menyembunyikan hadirat-Ku daripada mereka. Aku akan melihat bagaimana kesudahan mereka, kerana mereka itu angkatan yang serong, anak-anak yang tidak setia.


Ketahuilah sekarang, sesungguhnya Aku sendirilah Dia. Tidak ada Allah selain-Ku. Akulah yang mematikan, Aku pulalah yang menghidupkan. Aku meremukkan, dan Aku menyembuhkan. Tidak ada yang dapat melepaskan sesuatu daripada tangan-Ku.


Dialah Batu Pejal yang sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar.


Hal-hal itu diperlihatkan kepadamu supaya kamu tahu bahawa TUHAN sememangnya Allah. Tidak ada yang lain selain Dia.


Oleh sebab itu ketahuilah pada hari ini dan pahatlah dalam hatimu bahawa TUHAN ialah Allah yang ada di syurga, di atas, dan yang ada di bumi, di bawah. Tidak ada yang lain.


Ada tersurat dalam Kitab Suci, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan