Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Jika orang itu berkata kepadanya, “Lemaknya harus dibakar dahulu. Setelah itu, ambillah sesuka hatimu,” maka hamba itu akan menjawab dia, “Berikan sekarang juga. Kalau tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Jika orang itu menjawab, “Sebaiknya kita mentaati peraturan dan membakar lemak itu dahulu; selepas itu bolehlah kamu mengambil apa yang kamu suka,” maka hamba itu akan berkata, “Tidak! Serahkan daging itu kepadaku sekarang juga! Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Jika orang itu menjawab, “Sebaiknya kita mentaati peraturan dan membakar lemak itu dahulu; selepas itu bolehlah kamu mengambil apa yang kamu suka,” maka hamba itu akan berkata, “Tidak! Serahkan daging itu kepadaku sekarang juga! Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:16
9 Iomraidhean Croise  

Tetapi dahulunya, para pembesar sebelum aku memang memberatkan beban rakyat. Mereka memungut makanan dan anggur daripada rakyat, selain perak senilai empat puluh syikal. Bahkan anak buah mereka bermaharajalela atas rakyat. Tetapi aku tidak mahu berbuat demikian kerana aku takut kepada Allah.


Kemudian semua itu harus dibakar oleh imam di atas mazbah sebagai korban bakaran yang keharumannya meredakan. Kesemua lemak dikhususkan untuk TUHAN.


Beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyesatkan bangsaku. Jika gigi mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah, maka mereka berseru, “Damai!” Kalau orang tidak menyuapkan sesuatu ke dalam mulut mereka, maka mereka siap berperang dengannya.


Berkatalah bani Dan kepadanya, “Janganlah suaramu kedengaran lagi kepada kami sampai ada orang menyerang kamu sehingga kamu serta seisi rumahmu kehilangan nyawa.”


Bahkan sebelum lemaknya dibakar, pembantu imam akan datang kepada orang yang mempersembahkan korban dan berkata, “Berikanlah daging itu kepada imam untuk dipanggang. Dia tidak mahu menerima daripadamu daging yang direbus, melainkan yang mentah.”


Jadi, sangatlah besar dosa para pemuda itu di hadapan TUHAN, kerana mereka memandang rendah persembahan yang diperintahkan TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan