Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Amat jahatnya kelakuan anak-anak lelaki Eli. Mereka tidak mengenal TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Anak-anak Eli sangat jahat. Mereka tidak mengendahkan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Anak-anak Eli sangat jahat. Mereka tidak mengendahkan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:12
23 Iomraidhean Croise  

Dudukkanlah juga di hadapannya dua orang penjahat dan biarlah mereka bersaksi menentang dia dengan mengatakan, ‘Engkau telah mengutuk Allah dan raja.’ Lalu bawalah dia keluar dan rejamlah dia sampai mati.”


Kemudian datanglah kedua-dua orang penjahat itu. Mereka duduk di hadapannya lalu bersaksi menentang Nabot di hadapan rakyat, kata mereka, “Nabot telah mengutuk Allah dan raja.” Lalu mereka membawa dia keluar kota dan merejamnya dengan batu sampai mati.


Para imam tidak bertanya, ‘Di manakah TUHAN?’ Orang yang memegang hukum Taurat tidak mengenal Aku, dan para gembala umat memberontak terhadap Aku. Para nabi bernubuat atas nama Baal dan mengikuti apa yang tidak memberikan faedah.


Dia membela perkara orang miskin dan orang melarat. Pada waktu itu semuanya berjalan baik. Bukankah itu namanya mengenal Aku?” demikianlah firman TUHAN.


“Mereka melenturkan lidah seperti busur panah, untuk berdusta. Mereka menjadi kuat di negeri, tetapi bukan demi kebenaran. Mereka beranjak daripada kejahatan kepada kejahatan, dan Aku tidak dikenal mereka,” demikianlah firman TUHAN.


Engkau tinggal di tengah-tengah tipu daya. Kerana tipu daya itu, mereka tidak mahu mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN.


Para imamnya memperkosa hukum-Ku dan mencemarkan barang-barang tempat suci-Ku. Mereka tidak membezakan antara yang suci dengan yang biasa, tidak menyatakan perbezaan antara yang najis dengan yang tahir, dan menutup mata terhadap hari-hari Sabat-Ku sehingga Aku dinista di tengah-tengah mereka.


Perkara ini akan dilakukan oleh mereka, kerana mereka belum mengenal baik Bapa mahupun Aku.


Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus.


Namun demikian, kamu tidak mengenal-Nya, tetapi Aku mengenal-Nya. Sekiranya Kukatakan Aku tidak mengenal-Nya, jadilah Aku pendusta sepertimu. Aku mengenal-Nya dan taat akan firman-Nya.


Walaupun mereka telah mengenal Allah, mereka tidak memuliakan-Nya sebagai Allah dan tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya mereka memikirkan yang sia-sia dan hati mereka yang tolol diliputi kegelapan.


Adakah muafakat antara Kristus dengan Belial? Adakah kesamaan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman?


bahawa daripada kalangan kamu muncul beberapa orang tidak berguna yang menyesatkan penduduk kota mereka dengan berkata, ‘Mari kita beribadat kepada tuhan-tuhan lain,’ iaitu tuhan-tuhan yang tidak kamu kenal,


maka hendaklah kamu teliti menanyakan, memeriksa, dan meneliti hal itu baik-baik. Kalau ternyata hal itu benar dan sudah pasti bahawa hal keji itu dilakukan dalam kalangan kamu,


Tetapi sedang mereka bergembira makan dan minum itu, datanglah beberapa orang jahat kota itu yang mengepung rumah itu. Mereka mengetuk pintu rumah itu dengan kuat sambil berkata kepada orang tua, pemilik rumah itu, “Bawalah ke luar orang yang datang ke rumahmu itu, supaya kami menyetubuhi dia.”


Setelah seluruh umat seangkatan itu dikumpulkan bersama-sama kaum leluhur mereka, muncullah keturunan yang tidak mengenal TUHAN dan segala perbuatan-Nya demi orang Israel.


Tetapi beberapa orang yang jahat berkata, “Mana mungkin orang ini mampu menyelamatkan kita?” Mereka meremehkan Saul dan tidak mahu membawa persembahan kepadanya. Namun begitu, Saul berdiam diri sahaja.


Sekarang, fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa yang harus puan lakukan, kerana mereka telah merancang untuk mendatangkan kecederaan terhadap tuan kami dan terhadap seluruh keluarganya. Tuan memang seorang yang berkelakuan jahat yang tidak dapat dibawa berbincang.”


Aku telah memberitahunya bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya atas kesalahan yang telah diketahuinya. Anak-anaknya telah mendatangkan kutukan atas diri mereka sendiri, namun Eli masih tidak menghalang kemungkaran mereka.


Samuel belum lagi mengenal TUHAN bahkan firman TUHAN belum pernah dinyatakan kepadanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan