Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:10 - Alkitab Versi Borneo

10 TUHAN akan menghancurleburkan kalangan yang menentang-Nya, mengecam keras mereka bagaikan guruh di langit. TUHAN akan mengadili seluruh bumi. Dia akan mengurniakan kekuatan kepada raja yang diangkat-Nya dan memberikan kejayaan kepada orang pilihan-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:10
50 Iomraidhean Croise  

TUHAN mengguntur dari langit, Yang Maha Tinggi memperdengarkan suara-Nya.


Dialah yang akan membina sebuah bait bagi nama-Ku dan Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya.


Maka sekarang, beginilah yang harus kaukatakan kepada hamba-Ku Daud, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Aku telah mengambil engkau dari padang ragut, daripada tugas menggiring kawanan domba, untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, iaitu atas Israel.


Apakah engkau berkuasa seperti Allah? Dapatkah suaramu mengguntur seperti suara-Nya?


Di situ Aku akan membuat tanduk Daud bertumbuh; Aku akan menyediakan lampu untuk dia yang Kuurapi.


Dan Dia telah mengangkat tinggi tanduk umat-Nya, pujian seluruh umat-Nya yang warak, anak-anak Israel, umat yang dekat dengan-Nya. Pujilah TUHAN!


Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian dan para pemerintah bermuafakat untuk melawan TUHAN dan melawan Dia yang diurapi-Nya;


“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”


Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi; dan menghancurkan mereka seperti tembikar.”


Kini aku tahu TUHAN menyelamatkan orang yang dipilih-Nya; Dia akan mengabulkan doanya dari syurga-Nya yang suci dengan tangan kanan-Nya yang menyelamatkan.


Ada orang yang meletakkan kepercayaan pada pedati atau kuda, tetapi kita semata-mata mengingati nama TUHAN, Allah kita.


Raja akan bersukacita dengan kekuatan-Mu, ya TUHAN. Dan dengan penyelamatan-Mu betapa gembiranya dia!


TUHAN kekuatan mereka, dan Dia tempat berlindung orang yang diurapi-Nya.


Engkau mencintai perbenaran dan membenci kejahatan; oleh itu Allah, Allah TUHAN-Mu, telah mengurapi-Mu dengan minyak kebahagiaan lebih daripada teman-teman-Mu.


Kerana Engkau kemuliaan kekuatan mereka, dan dengan keredaan-Mu tanduk kami ditinggikan.


Kesetiaan-Ku dan kasih-Ku akan menyertainya, dan dengan nama-Ku tanduknya akan ditinggikan.


Juga Aku akan meletakkan laut di bawah tangannya, dan sungai-sungai di bawah tangan kanannya.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang, Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kesetiaan-Nya.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama.


Tangan kanan-Mu, ya TUHAN, mulia dalam kekuatan, tangan kanan-Mu, ya TUHAN, menghancurleburkan musuh.


Bersuka rialah, wahai pemuda ketika kamu remaja dan senangkanlah hatimu ketika kamu muda. Turutilah hasrat hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa segalanya akan diadili Allah.


Allah akan mengadili setiap perbuatan, termasuk terhadap segala sesuatu yang tersembunyi, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.


TUHAN alam semesta, akan melawat engkau dengan guruh, gempa, dan keriuhan besar, dengan angin puting beliung, badai, dan nyala api yang menghanguskan.


Sesungguhnya, seorang raja akan bertakhta dalam perbenaran dan para penguasa akan memerintah dalam keadilan.


Tentang Aku orang akan berkata, ‘Hanya dalam TUHAN ada perbenaran dan kekuatan.’ Semua orang yang marah kepada-Nya akan datang menghampiri Dia dan mendapat malu.


Pada waktu itu Aku akan menumbuhkan kejayaan bagi keturunan kaum Israel dan Aku akan mengizinkan engkau membuka mulut lagi di antara mereka. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”


Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta.


Yesus datang dan berkata kepada mereka, “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.


Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud.


Sekarang, bawalah ke mari seteru-seteruku yang tidak mahu aku menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka di hadapanku.’ ”


Perkhabaran itu tentang Yesus orang Nazaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai Kristus dan memberi-Nya Roh Kudus serta kuasa. Dia telah pergi ke merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus.


Sesungguhnya, Herodes dan Pontius Pilatus, bersama orang asing dan bangsa Israel telah berhimpun di negeri ini melawan Hamba Suci-Mu Yesus yang telah Kauurapi,


Kita semua akan dihadapkan ke pengadilan Kristus, dan setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan dalam hidupnya, baik ataupun jahat.


“Demikianlah semoga binasa semua musuh-Mu, ya TUHAN! Tetapi orang yang mengasihi-Nya semoga bagaikan matahari terbit dalam kemegahannya.” Lalu amanlah negeri itu selama empat puluh tahun.


Maka sekarang, lihatlah raja yang telah kamu pilih, yang kamu minta. Sesungguhnya, TUHAN telah mengangkat raja atasmu.


Sekarang ini musim menuai gandum, bukan? Namun demikian, aku akan berseru kepada TUHAN supaya Dia menurunkan guruh dan hujan. Dengan demikian kamu akan tahu dan menyedari bahawa di mata TUHAN besarlah kejahatan yang telah kamu lakukan dengan meminta seorang raja bagimu.”


Kemudian Samuel berseru kepada TUHAN, dan pada hari itu TUHAN menurunkan guruh dan hujan, sehingga seluruh umat itu menjadi sangat takut kepada TUHAN dan kepada Samuel.


Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”


Kemudian berkatalah Samuel kepadanya, “TUHAN telah mengoyakkan daripadamu jawatan raja atas Israel pada hari ini dan telah memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada engkau.


Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau akan berdukacita atas Saul kerana Aku telah menolak dia sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada seorang Betlehem bernama Isai, kerana Aku telah memilih bagi-Ku seorang raja daripada kalangan anaknya.”


Sementara Samuel mempersembahkan korban bakaran itu, orang Filistin maju mendekat untuk berperang melawan orang Israel. Akan tetapi, pada hari itu, kepada orang Filistin, TUHAN memperdengarkan bunyi guruh yang teramat kuat terhadap orang Filistin dan mengharu-birukan mereka sehingga pasukan mereka tumpas di hadapan orang Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan