Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Lalu berdoalah Hana, “Hatiku bersuka ria kerana TUHAN; Kekuatanku disanjung tinggi kerana TUHAN. Mulutku mengecam para musuhku, kerana aku bersukacita atas pertolongan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:1
37 Iomraidhean Croise  

Setelah itu, kembalilah semua orang Yehuda dan Yerusalem di bawah pimpinan Yosafat. Mereka kembali ke Yerusalem dengan sukacita, kerana TUHAN telah membuat mereka bersukacita atas kekalahan musuh-musuh mereka.


Matanya anak Mikha anak Zabdi anak Asaf, pemimpin yang memulai ucapan syukur dalam doa; Bakbukya, penyelia kedua antara saudaranya; dan Abda anak Samua anak Galal anak Yedutun.


Aku telah menjahit kain kabung pada kulitku, dan membenamkan kekuatanku dalam debu.


TUHAN adalah kekuatan dan nyanyianku; dan Dia telah menjadi penyelamatanku.


Tetapi aku yakin akan kasih setia-Mu; aku bersukacita dalam penyelamatan-Mu.


Dan Dia telah mengangkat tinggi tanduk umat-Nya, pujian seluruh umat-Nya yang warak, anak-anak Israel, umat yang dekat dengan-Nya. Pujilah TUHAN!


TUHAN ialah batu pejalku, kubuku dan penyelamatku; Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku.


Kami akan bersukacita dengan penyelamatanmu dan mengibarkan bendera merayakannya dengan nama Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala rayuanmu.


Engkau telah memberinya hasrat hatinya dan tidak menolak permohonan yang disuarakannya. Sela


Maka jiwaku akan bersukacita dengan pertolongan TUHAN, akan bergembira dengan penyelamatan-Nya.


Ya Tuhan, bukakan mulutku, aku akan mengisytiharkan puji-pujian bagi-Mu.


Biarlah aku sentiasa memuji-Mu, dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu sepanjang hari.


Semua tanduk orang zalim akan dipotong-Nya, tetapi tanduk orang yang benar akan ditinggikan.


Kerana Engkau kemuliaan kekuatan mereka, dan dengan keredaan-Mu tanduk kami ditinggikan.


Perisai kami milik TUHAN, dan raja kami milik Yang Maha Suci Allah TUHAN Israel.


Kesetiaan-Ku dan kasih-Ku akan menyertainya, dan dengan nama-Ku tanduknya akan ditinggikan.


supaya aku dapat memuji-Mu di gerbang Puteri Sion, aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkanku.


Tetapi Engkau telah meninggikan tandukku seperti lembu liar; aku telah diurapi dengan minyak yang baru.


Maka Musa dan orang Israel memanjatkan nyanyian ini bagi TUHAN. Demikianlah bunyinya, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut.


Miryam menyanyi berbalas-balasan dengan mereka, “Akan kupanjatkan nyanyian kepada TUHAN kerana Dia amat termulia, kuda dan penunggangnya dicampakkan-Nya ke dalam laut.”


Doa Nabi Habakuk menurut nada ratapan.


aku akan bersuka ria kerana TUHAN dan bergembira kerana Allah yang menyelamatkan aku.


Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud.


Bukan ini sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus yang melalui-Nya kita telah menerima pendamaian.


Kegemilangannya bagaikan anak sulung lembunya, dan tanduk-tanduknya ialah tanduk-tanduk lembu liar. Dengan tanduk itu dia menanduk bangsa-bangsa sampai ke hujung-hujung bumi. Itulah puluhan ribu orang Efraim dan ribuan orang Manasye.”


Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah —


Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah!


Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah.


Kamu mengasihi-Nya walaupun belum pernah melihat-Nya. Kamu percaya kepada-Nya tanpa melihat-Nya. Oleh itu, kamu merasai kebahagiaan yang tidak terkata dan penuh dengan kemuliaan


Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!


Hana sering disakiti dan dihina oleh madunya, Penina, kerana TUHAN menutup rahim Hana.


Demikianlah keadaan itu berlangsung tahun demi tahun. Setiap kali Hana pergi ke Bait TUHAN, madunya menyakiti hatinya sehingga dia menangis dan tidak mahu makan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan