Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 18:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Setelah Daud selesai berbicara dengan Saul, berpadulah jiwa Yonatan dengan jiwa Daud, dan Yonatan mengasihi Daud seperti mengasihi dirinya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 18:1
17 Iomraidhean Croise  

Maka sekarang, jika hamba datang kepada hambamu, iaitu ayah hamba, dan anak muda ini tidak bersama-sama kami memandangkan ayah hamba itu tidak dapat hidup tanpanya,


Hatiku sengsara kerana engkau, Yonatan, saudaraku. Terlalu ramah engkau kepadaku, ajaib kasihmu kepadaku, lebih daripada cinta kaum wanita.


Daud keluar menyongsong mereka dan berkata kepada mereka, “Jika kamu datang menemuiku dengan tujuan berdamai, untuk membantuku, aku mahu bersekutu dengan kamu. Tetapi jika kamu datang untuk menyerahkan aku dengan tipu daya kepada lawan-lawanku padahal tidak ada kekerasan padaku, semoga Allah nenek moyang kita melihat hal itu dan menghukum kamu.”


Ajarlah aku jalan-Mu, ya TUHAN, aku akan melangkah dalam kebenaran-Mu; padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu.


Orang yang ramai sangat temannya boleh membinasakan dirinya, tetapi ada sahabat yang lebih karib daripada saudara sendiri.


Seandainya saudara lelakimu, iaitu anak lelaki ibumu, atau anak lelakimu, atau anak perempuanmu, atau isterimu sendiri yang dikasihi, atau sahabatmu yang paling karib memujuk engkau secara diam-diam dengan berkata, ‘Mari kita beribadat kepada tuhan-tuhan lain,’ tuhan-tuhan yang tidak kamu kenal atau dikenali oleh nenek moyangmu,


Aku ingin hati mereka terhibur, terjalin rapat dalam kasih, dan mereka mencapai pengertian penuh dalam segala kekayaan serta kepastiannya, supaya mereka mengetahui rahsia Allah Bapa dan Kristus,


Demikianlah orang Israel berkumpul untuk melawan kota itu; semua bersekutu dan bersatu tujuan.


Akan tetapi, rakyat berkata kepada Saul, “Haruskah Yonatan dihukum mati, padahal dia telah melakukan penyelamatan yang besar dalam kalangan orang Israel? Jangan sekali-kali hal itu terjadi! Demi TUHAN yang hidup, sehelai rambut kepalanya pun tidak akan jatuh ke tanah, kerana pada hari ini dia telah bertindak bersama-sama Allah.” Demikianlah rakyat melepaskan Yonatan sehingga dia tidak dihukum mati.


Yonatan membuat perjanjian dengan Daud, kerana dia mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.


Saul mengatakan kepada Yonatan, anaknya, dan kepada semua pegawainya bahawa Daud harus dibunuh. Akan tetapi, Yonatan anak Saul sangat suka pada Daud.


Oleh itu, Yonatan memberitahukan hal itu kepada Daud. Katanya, “Saul, ayahku, berikhtiar untuk membunuh engkau. Sekarang, berjaga-jagalah. Esok pagi, diamlah di sebuah tempat terlindung dan bersembunyilah.


Yonatan meminta Daud bersumpah lagi demi kasihnya kepadanya, kerana dia memang mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.


Jika demikian halnya, tunjukkanlah kasih kepada hambamu ini kerana engkau telah mengikat perjanjian dengan hambamu ini di hadapan TUHAN. Tetapi jika ada kesalahan padaku, biarlah engkau sendiri yang membunuh aku. Mengapakah engkau harus membawa aku kepada ayahmu?”


sehingga kamu semua bersekongkol melawan aku? Tiada seorang pun memberitahu aku ketika anakku sendiri mengikat perjanjian dengan anak Isai itu. Tiada seorang pun daripada kamu yang mengambil berat terhadap aku atau memberitahu aku bahawa anakku telah menghasut pegawaiku untuk melawan aku sambil dia menunggu kesempatan untuk bertindak sebagaimana yang terjadi pada hari ini.”


Lalu kedua-duanya mengikat perjanjian di hadapan TUHAN. Setelah itu, Daud tetap tinggal di Koresa, manakala Yonatan pulang ke rumahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan