Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 17:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Kemudian tampillah seorang kesateria dari perkhemahan orang Filistin. Namanya Goliat dari Gat. Tingginya enam hasta lebih sejengkal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Seorang lelaki yang bernama Goliat, dari kota Gat, keluar dari perkhemahan Filistin untuk mencabar orang Israel. Tinggi orang itu kira-kira tiga meter.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Seorang lelaki yang bernama Goliat, dari kota Gat, keluar dari perkhemahan Filistin untuk mencabar orang Israel. Tinggi orang itu kira-kira tiga meter.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 17:4
11 Iomraidhean Croise  

Selain itu, dia menewaskan seorang Mesir yang berbadan sasa setinggi lima hasta. Di tangan orang Mesir itu ada sebatang tombak seperti kayu penggulung tenun bersilang, tetapi Benaya mendatanginya dengan sebatang tongkat. Dirampasnya tombak daripada tangan orang Mesir itu, lalu ditewaskannya orang itu dengan tombaknya sendiri.


Padahal dari hadapan mereka, Akulah yang memusnahkan bani Amori, yang tinggi seperti tinggi pokok araz dan yang kuat seperti pokok oak. Aku telah memusnahkan buahnya dari atas dan akarnya dari bawah.


(Hanya Og, raja Basan itu, yang masih tinggal hidup daripada saki-baki orang Refaim. Bukankah tempat tidurnya, katil daripada besi, masih tersimpan di Raba, kota bani Amon? Panjangnya sembilan hasta dan lebarnya hampir empat hasta, menurut hasta yang lazim.)”


Tidak ada seorang Enak pun yang tertinggal di negeri orang Israel. Hanya di Gaza, Gat, dan Asdod masih ada yang tertinggal.


Ketika dia bercakap dengan mereka, tiba-tiba kesateria bangsa Filistin dari Gat yang bernama Goliat itu maju dari barisan tentera Filistin. Dia mengucapkan kata-kata cemuhan yang sama seperti sebelumnya dan Daud mendengarnya.


Orang Filistin berdiri di gunung sebelah sana, sedangkan orang Israel berdiri di gunung sebelah sini iaitu dengan sebuah lembah yang terbentang di antara mereka.


Dia memakai ketopong gangsa di kepalanya serta baju zirah yang bersisik seberat lima ribu syikal gangsa.


Ketika dikhabarkan kepada Saul bahawa Daud telah melarikan diri ke Gat, dia tidak berusaha mencarinya lagi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan