Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 16:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Jawabnya, “Ya, dengan damai sejahtera. Aku datang untuk mempersembahkan korban di hadapan TUHAN. Sucikanlah dirimu dan datanglah untuk bersama-samaku ke upacara korban ini.” Lalu dia mentahbiskan Isai dan anak-anaknya serta mengundang mereka ke upacara korban itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 “Ya,” jawab Samuel. “Saya datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. Sucikanlah diri kamu dan ikutlah saya.” Dia juga menyuruh Isai dan anak-anaknya menyucikan diri, dan menjemput mereka ke upacara mempersembahkan korban itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 “Ya,” jawab Samuel. “Saya datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. Sucikanlah diri kamu dan ikutlah saya.” Dia juga menyuruh Isai dan anak-anaknya menyucikan diri, dan menjemput mereka ke upacara mempersembahkan korban itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 16:5
16 Iomraidhean Croise  

Lalu Yakub berkata kepada seisi rumahnya dan kepada semua orang yang menyertainya, “Buanglah kesemua tuhan berhala bangsa asing yang ada dalam simpananmu. Sucikanlah dirimu dan tukarlah pakaianmu.


Pada suatu waktu, datanglah Adonia, anak Hagit, menghadap Batsyeba, bonda Salomo. Tanya Batsyeba, “Apakah engkau datang dengan damai sejahtera?” Jawabnya, “Ya, secara berdamai.”


Lalu Roh menguasai Amasai, pemimpin Tiga Puluh Orang Kesateria, dan dia berkata, “Kami ini milikmu, wahai Daud! Kami menyertaimu, wahai anak Isai! Sejahtera, sejahteralah engkau, dan sejahteralah para penolongmu, kerana Allahmu menolong engkau.” Maka Daud menyambut mereka dan mengangkat mereka untuk menjadi ketua pasukan.


Setelah berlalunya hari-hari jamuan itu, Ayub akan memanggil dan menyucikan mereka. Dia akan bangun pagi-pagi dan mempersembahkan korban bakaran menurut jumlah mereka semua, kerana fikir Ayub, “Jangan-jangan anak-anakku telah berdosa dan mengutuk Allah dalam hati mereka.” Demikianlah yang sentiasa dilakukan oleh Ayub.


Firman TUHAN kepada Musa, “Pergilah kepada umat itu. Sucikanlah mereka pada hari ini dan esok. Mereka harus mencuci pakaian mereka


Kumpulkanlah umat, sucikanlah jemaah itu. Himpunkanlah para tua-tua, kumpulkanlah kanak-kanak bahkan juga anak-anak yang menyusu. Biarlah pengantin lelaki keluar dari biliknya dan pengantin perempuan dari bilik tidurnya.


Berdiam dirilah di hadirat Tuhan ALLAH, kerana hari TUHAN sudah dekat. Sungguh, TUHAN telah menyiapkan upacara korban, dan telah menyucikan para undangan-Nya.


Bangsa itu berjalan ke sana ke mari memungutinya, lalu mengisarnya di dalam pengisar atau menumbuknya di dalam lesung. Setelah itu, mereka memasaknya dalam periuk lalu merebusnya di dalam belanga lalu membuat kuih bundar daripadanya. Rasanya seperti rasa penganan yang dibakar dengan minyak.


Hendaklah setiap orang memeriksa dirinya, dan kemudian makan roti itu dan minum dari cawan itu;


Lalu Yosua berkata kepada bangsa itu, “Sucikanlah dirimu kerana esok TUHAN akan melakukan keajaiban-keajaiban dalam kalangan kamu.”


Bangunlah, sucikan bangsa itu, dan katakan, ‘Sucikanlah dirimu esok, kerana beginilah firman TUHAN, Allah Israel, “Ada barang-barang yang dikhususkan di tengah-tengah kamu, wahai orang Israel. Kamu tidak akan dapat bertahan di hadapan musuhmu sebelum kamu menyingkirkan barang-barang yang dikhususkan itu daripada antara kamu.”


Pada hari itu Saul tidak berkata apa-apa kerana fikirnya, “Mungkin sesuatu terjadi padanya sehingga dia bernajis; ya, tentu dia bernajis.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan