Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 16:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Samuel pun melakukan apa yang difirmankan TUHAN. Ketika dia tiba di Betlehem, tua-tua kota itu menyongsong dia dengan gementar. Tanya mereka, “Apakah tuan datang dengan damai sejahtera?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Samuel melakukan apa yang difirmankan TUHAN kepadanya. Dia pergi ke Betlehem dan para pemimpin kota itu datang menyambutnya dengan gementar ketakutan. Mereka bertanya, “Adakah lawatan tuan membawa kesejahteraan?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Samuel melakukan apa yang difirmankan TUHAN kepadanya. Dia pergi ke Betlehem dan para pemimpin kota itu datang menyambutnya dengan gementar ketakutan. Mereka bertanya, “Adakah lawatan tuan membawa kesejahteraan?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 16:4
13 Iomraidhean Croise  

Maka Rahel meninggal dan dimakamkan di sisi jalan menuju Efrata, iaitu Betlehem.


Ketika aku dalam perjalanan dari Padan-Aram, aku kesedihan atas kematian Rahel di Tanah Kanaan, tidak beberapa jauh jaraknya dari Efrata. Lalu aku memakamkan dia di sana, di sisi jalan menuju Efrata (iaitu Betlehem).”


Namun begitu, pada hari itu Daud menjadi takut kepada TUHAN, katanya, “Bagaimanakah mungkin tabut TUHAN itu dapat sampai kepadaku?”


Kata perempuan itu kepada Elia, “Apa masalahku dengan engkau, ya hamba Allah? Engkau telah singgah di tempatku untuk mengingatkan kesalahanku dan untuk membunuh anakku.”


Pada suatu waktu, datanglah Adonia, anak Hagit, menghadap Batsyeba, bonda Salomo. Tanya Batsyeba, “Apakah engkau datang dengan damai sejahtera?” Jawabnya, “Ya, secara berdamai.”


Ketika Yoram melihat Yehu, bertanyalah ia, “Khabar baikkah, Yehu?” Jawabnya, “Bagaimanakah mungkin ada khabar baik selagi ibumu Izebel melakukan begitu banyak perbuatan kafir dan sihir?”


Mereka akan berjalan mengikuti TUHAN, yang akan mengaum seperti singa. Sesungguhnya, Dia akan mengaum, dan para anak itu akan datang dengan gementar dari sebelah barat.


Oleh sebab itu Aku telah mencencang mereka dengan perantaraan para nabi, telah Kuambil nyawa mereka dengan firman-Ku sendiri. Hukuman atasmu memancar seperti cahaya yang terang.


Oleh itu, Yusuf terpaksa berangkat dari bandar Nazaret di Galilea ke kota Daud yang bernama Betlehem di Yudea kerana dia daripada keturunan Daud.


Apabila Simon Petrus melihat apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus dan berkata, “Tinggalkan hamba, ya Tuhan, kerana hamba seorang yang berdosa!”


Lalu semua penduduk daerah Gerasa meminta Yesus supaya meninggalkan mereka kerana mereka ketakutan. Yesus pun menaiki perahu untuk pulang.


Sampailah Daud ke Nob ke tempat Imam Ahimelekh. Dengan gementar Ahimelekh pergi menemui Daud dan berkata kepadanya, “Mengapakah engkau seorang diri? Mengapakah engkau tidak diiringi seorang pun?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan