Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 16:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Pada waktu itu, Roh TUHAN telah menjauhi Saul, dan dia diganggu oleh roh jahat yang diizinkan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Roh TUHAN meninggalkan Raja Saul, dan baginda diseksa oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Roh TUHAN meninggalkan Raja Saul, dan baginda diseksa oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 16:14
17 Iomraidhean Croise  

Namun demikian, kasih abadi-Ku tidak akan dijauhkan daripadanya, seperti Kujauhkan daripada Saul, yang telah Kusingkirkan di hadapanmu.


Mikha berkata lagi, “Oleh sebab itu dengarlah firman TUHAN. Aku telah melihat TUHAN duduk di atas takhta-Nya, sementara seluruh angkatan syurga berdiri di sebelah kanan dan kiri-Nya.


Jawabnya, ‘Aku akan keluar dan menjadi roh dusta di dalam mulut semua nabinya.’ Firman-Nya, ‘Engkau akan memujuk dia dan berjaya. Pergilah dan berbuatlah demikian!’


Jangan singkirkan aku dari hadirat-Mu dan jangan ambil Roh Kudus-Mu daripadaku.


Sekalipun mereka membesarkan anak-anak mereka, akan Kugugurkan mereka sehingga tidak ada manusia lagi. Ya, malanglah mereka apabila Aku menjauhi mereka.


Lalu berserulah perempuan itu, “Orang Filistin menyerang kamu, Simson!” Maka dia terjaga daripada tidurnya lantas berkata, “Seperti yang sudah-sudah, aku akan bebas dan akan meronta lepas.” Tetapi tanpa diketahuinya TUHAN telah meninggalkannya.


Lalu Simson memeluk dua batang tiang yang paling tengah yang menyokong bangunan itu. Tangan kanannya memaut satu batang tiang dan sebatang lagi tiang dipaut dengan tangan kirinya.


Allah menimbulkan semangat jahat yang mengadudombakan Abimelekh dengan warga kota Sikhem lalu khianatlah warga kota Sikhem terhadap Abimelekh,


Lalu Saul yang mendengar khabar itu dikuasai oleh Roh Allah dan amarahnya pun menyala-nyala dengan kuatnya.


Para pegawai Saul berkata kepadanya, “Sesungguhnya, ada roh jahat yang diizinkan Allah mengganggu tuanku.


Hendaklah tuanku memerintahkan hamba-hambamu yang ada di hadapan tuanku ini untuk mencari orang yang pandai memetik kecapi. Nanti, apabila roh jahat yang diizinkan Allah itu datang kepada tuanku, dia harus memetik kecapi sehingga tuanku berasa nyaman.”


Jadi, apabila roh jahat yang diizinkan Allah itu datang kepada Saul, maka Daud akan mengambil kecapi dan memetiknya. Setelah itu, Saul akan berasa lega dan nyaman, lalu roh jahat itu pun menjauhinya.


Keesokan harinya, roh jahat yang diizinkan TUHAN turun ke atas Saul dengan penuh kuasa sehingga dia meramal di dalam rumah. Manakala, seperti kebiasaan pada setiap hari, Daud memetik kecapi. Pada waktu itu ada tombak di tangan Saul.


Saul menjadi takut kepada Daud kerana TUHAN menyertai Daud walhal Dia telah menjauhinya.


Berkatalah Samuel kepada Saul, “Mengapakah engkau mengganggu aku dengan menghadirkan aku?” Jawab Saul, “Aku sedang dalam keadaan tersepit lantaran orang Filistin memerangi aku, sedangkan Allah telah menjauhi aku dan tidak lagi menjawab aku, sama ada dengan perantaraan para nabi atau melalui mimpi. Oleh sebab itu aku memanggil engkau supaya engkau memberitahukan kepadaku apa yang harus kulakukan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan