1 Samuel 16:1 - Alkitab Versi Borneo1 Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau akan berdukacita atas Saul kerana Aku telah menolak dia sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada seorang Betlehem bernama Isai, kerana Aku telah memilih bagi-Ku seorang raja daripada kalangan anaknya.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau bersedih hati kerana Saul? Aku sudah menolak dia sebagai raja Israel. Sekarang, bawalah minyak zaitun dan pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai, kerana Aku sudah memilih seorang daripada anaknya untuk menjadi raja.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau bersedih hati kerana Saul? Aku sudah menolak dia sebagai raja Israel. Sekarang, bawalah minyak zaitun dan pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai, kerana Aku sudah memilih seorang daripada anaknya untuk menjadi raja.” Faic an caibideil |
Namun demikian, TUHAN, Allah Israel, memilih aku daripada kalangan segenap kaum keluargaku untuk menjadi raja atas Israel selama-lamanya, kerana Dia telah memilih Yehuda sebagai pemimpin. Daripada keturunan kaum Yehuda, Dia memilih kaum keluargaku, dan daripada anak-anak ayahku, Dia berkenan mengangkat aku menjadi raja atas seluruh Israel.
Lalu Samuel mengambil kendi berisi minyak zaitun lantas menuangnya ke atas kepala Saul lalu menciumnya sambil berkata, “Bukankah TUHAN telah melantik engkau untuk menjadi raja atas umat-Nya Israel? Engkau akan memegang tampuk pemerintahan atas umat TUHAN, dan engkau akan menyelamatkan mereka daripada tangan para musuh yang ada di sekitar. Inilah tanda bagimu, bahawa TUHAN telah menobatkan engkau untuk menjadi raja atas pusaka milik-Nya sendiri.
“Esok, pada waktu seperti ini, Aku akan menyuruh seorang lelaki dari Tanah Benyamin datang kepadamu. Lantiklah dia untuk menjadi pemimpin atas umat-Ku, orang Israel. Dia akan menyelamatkan umat-Ku daripada tangan orang Filistin, kerana Aku telah memperhatikan umat-Ku. Seruan mereka telah sampai kepada-Ku.”