Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 15:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Saul dan pasukannya menyelamatkan Agag, kawanan domba dan kawanan lembu yang terbaik, ternakan dan anak domba yang gemuk-gemuk, serta segala sesuatu yang berharga. Dia tidak mahu menumpaskan seluruhnya. Tetapi segala haiwan yang tidak berharga dan yang buruk, itulah yang ditumpaskan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 tetapi Raja Saul dan anak buahnya tidak membunuh Raja Agag. Mereka juga tidak membunuh domba dan lembu yang paling gemuk, anak lembu dan anak domba yang paling gemuk, dan segala sesuatu yang berharga; mereka hanya membinasakan apa yang tidak berguna dan tidak berharga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 tetapi Raja Saul dan anak buahnya tidak membunuh Raja Agag. Mereka juga tidak membunuh domba dan lembu yang paling gemuk, anak lembu dan anak domba yang paling gemuk, dan segala sesuatu yang berharga; mereka hanya membinasakan apa yang tidak berguna dan tidak berharga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 15:9
10 Iomraidhean Croise  

Apabila para pengangkat tabut TUHAN itu melangkah maju enam langkah, dia mengorbankan seekor lembu dan seekor anak lembu yang tambun.


Kata Benhadad kepadanya, “Kota-kota yang telah diambil ayah hamba daripada ayah tuan akan hamba kembalikan. Tuan boleh membuat pasar bagi tuan di Damsyik, seperti yang telah dibuat ayah hamba di Samaria.” Kata Ahab, “Atas dasar perjanjian itu aku akan melepaskan engkau pergi.” Demikianlah Ahab mengikat perjanjian dengan Benhadad dan melepaskannya pergi.


Minyak wangi ini boleh dijual dengan harga yang tinggi dan wangnya dapat disedekahkan kepada orang miskin.”


Tetapi kamu, jagalah dirimu daripada barang-barang yang telah dikhususkan untuk dimusnahkan. Setelah kamu mengkhususkannya, jangan sampai kamu mengambil sesuatu pun daripada barang-barang itu sehingga kamu mendatangkan kebinasaan ke atas perkhemahan Israel serta menimbulkan kemalangan.


Ketika aku melihat sehelai jubah indah buatan Sinear, dua ratus syikal perak, dan sebatang emas seberat lima puluh syikal, antara barang-barang jarahan itu, aku menginginkannya, lalu kuambil. Semua itu kusembunyikan di dalam tanah di tengah-tengah khemahku, dengan perak di bawahnya.”


Lalu datanglah firman TUHAN kepada Samuel, demikian,


Jawab Saul, “Semua itu dibawa daripada orang Amalek. Rakyat menyelamatkan kawanan domba dan kawanan lembu yang terbaik untuk dipersembahkan sebagai korban di hadapan TUHAN, Allahmu. Tetapi yang selebihnya sudah kami bunuh.”


Mengapa engkau tidak mematuhi firman TUHAN, tetapi malah menyambar jarahan itu dan melakukan kejahatan di mata TUHAN?”


Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ”


Kerana engkau tidak mematuhi TUHAN dan tidak melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala terhadap Amalek, maka inilah yang dilakukan TUHAN terhadap engkau pada hari ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan