Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 15:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 15:3
20 Iomraidhean Croise  

Timna, gundik Elifas anak Esau, melahirkan Amalek untuk Elifas. Itulah keturunan Adah, isteri Esau.


Dia bertanya kepada hamba, ‘Siapakah engkau?’ Jawab hamba kepadanya, ‘Hamba ini seorang Amalek.’


TUHAN berfirman kepada Musa, “Tulislah hal ini dalam kitab sebagai peringatan, dan sampaikan kepada Yosua bahawa Aku akan menghapuskan segala kenangan tentang orang Amalek dari bawah kolong langit.”


Jangan sujud menyembahnya atau beribadat kepadanya, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, Allah yang cemburu, yang membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya, kepada keturunan ketiga dan keempat dalam kalangan mereka yang membenci Aku.


Kemudian dia memandang orang Amalek lalu menyambung wacananya, katanya, “Amalek adalah yang pertama dalam bangsa-bangsa, tetapi kesudahannya ialah kemusnahan yang mutlak.”


Sekarang, matikanlah semua anak lelaki mereka, juga semua perempuan yang pernah bersetubuh dengan lelaki.


Dia menawan negeri itu berserta rajanya dan segala kotanya. Semuanya ditumpaskannya dengan mata pedang begitu jugalah setiap jiwa yang ada di dalamnya. Tiada seorang pun dibiarkannya hidup. Seperti dia memperlakukan Hebron, juga Libna dan rajanya, demikianlah dia memperlakukan Debir dan rajanya.


Gagah perkasa sekali segala perbuatannya menyerang orang Amalek, dan melepaskan orang Israel daripada tangan mana-mana pihak yang menjarah mereka.


dan TUHAN menyuruh engkau menjalankan suatu tugas, firman-Nya, ‘Pergilah, tumpaskanlah orang berdosa itu, iaitu orang Amalek. Perangilah mereka sehingga mereka binasa.’


Saul dan pasukannya menyelamatkan Agag, kawanan domba dan kawanan lembu yang terbaik, ternakan dan anak domba yang gemuk-gemuk, serta segala sesuatu yang berharga. Dia tidak mahu menumpaskan seluruhnya. Tetapi segala haiwan yang tidak berharga dan yang buruk, itulah yang ditumpaskan mereka.


Nob, kota para imam itu, diserangnya pula dengan mata pedang. Lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, juga kawanan lembu, keldai, serta domba, dibunuhnya dengan mata pedang.


Apabila Daud memusnahkan negeri itu, tiada seorang pun yang dibiarkannya hidup, baik lelaki mahupun perempuan. Dia menjarah domba, lembu, keldai, unta dan pakaian, kemudian pulanglah dia semula kepada Akhis.


Kemudian keesokan harinya Daud menyerang mereka sejak dinihari sampai waktu maghrib. Tiada seorang pun daripada mereka yang terselamat, kecuali empat ratus orang pemuda yang melarikan diri dengan menunggang unta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan