Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 14:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Ahia anak Ahitub, saudara Ikabod anak Pinehas anak Eli, imam TUHAN di Silo, ialah orang yang memakai baju efod pada waktu itu. Maka rakyat juga tidak mengetahui bahawa Yonatan telah pergi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 (Imam yang membawa efod pada masa itu ialah Ahiya anak Ahitub, cucu Pinehas anak Eli; Eli ialah imam TUHAN di Silo. Ahitub ialah saudara Ikabod). Tidak ada orang di situ tahu bahawa Yonatan sudah pergi dari tempat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 (Imam yang membawa efod pada masa itu ialah Ahiya anak Ahitub, cucu Pinehas anak Eli; Eli ialah imam TUHAN di Silo. Ahitub ialah saudara Ikabod). Tidak ada orang di situ tahu bahawa Yonatan sudah pergi dari tempat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 14:3
9 Iomraidhean Croise  

Setiap tahun lelaki itu pergi dari kotanya untuk beribadat dan mempersembahkan korban di hadapan TUHAN alam semesta di Silo. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, ialah imam TUHAN di sana.


Saul berkata, “Mari kita pergi mengejar orang Filistin malam-malam dan menjarah mereka sampai fajar menyingsing. Jangan kita biarkan seorang pun antara mereka yang terselamat.” Jawab umat itu, “Lakukanlah segala sesuatu yang dipandang baik oleh tuanku.” Tetapi imam berkata, “Marilah kita menghadap Allah dahulu di sini.”


Sementara itu, Samuel menjadi penyelenggara ibadat di hadapan TUHAN. Anak itu memakai baju efod daripada kain linen.


Daripada kalangan semua suku Israel, Aku memilih dia untuk menjadi imam bagi-Ku, untuk naik ke mazbah-Ku, untuk membakar dupa, dan memakai baju efod di hadirat-Ku. Aku pun mengurniakan kepada keluarga leluhurmu segala korban bakaran orang Israel.


Seorang anak Ahimelekh anak Ahitub, namanya Abyatar, berjaya menyelamatkan diri lantas melarikan diri lalu bergabung dengan Daud.


Lalu anak itu dinamainya Ikabod. Katanya, “Kemuliaan sudah hilang dari Israel” — kerana tabut Allah telah dirampas dan kerana mertua serta suaminya itu.


Mereka pun menyuruh beberapa orang ke Silo untuk membawa tabut perjanjian TUHAN alam semesta, yang bersemayam di atas para kerubin. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas mengiring tabut perjanjian Allah itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan