Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Maka Saul berkata, “Bawalah kepadaku segala korban bakaran dan korban kedamaian itu.” Lalu dia mempersembahkan korban bakaran.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Oleh itu Raja Saul bertitah kepada mereka, “Bawalah ke mari korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN.” Kemudian Raja Saul sendiri mempersembahkan korban itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Oleh itu Raja Saul bertitah kepada mereka, “Bawalah ke mari korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN.” Kemudian Raja Saul sendiri mempersembahkan korban itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:9
13 Iomraidhean Croise  

Daud pun mendirikan sebuah mazbah bagi TUHAN di sana, lalu dipersembahkannya korban bakaran dan korban kedamaian. Maka TUHAN mengabulkan doa untuk negeri itu, sehingga wabak itu berhenti menimpa Israel.


Suatu kali, raja pergi ke Gibeon untuk mempersembahkan korban, kerana di situlah tempat bukit pemujaan yang terbesar. Kemudian, di atas mazbah di sana, Salomo mempersembahkan seribu korban bakaran.


Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya; jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri, kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.


Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian bagi TUHAN, tetapi doa orang yang tulus memang keredaan-Nya.


Jangan berkata, “Aku hendak membalas kejahatan!” Nantikanlah TUHAN, maka Dia akan menyelamatkanmu.


Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian, apatah lagi jika dipersembahkan dengan niat jahat.


Melakukan yang benar dan adil lebih disukai TUHAN daripada korban sembelihan.


Sesiapa yang menyembelih lembu, dia juga seperti orang yang membunuh manusia. Sesiapa yang mengorbankan anak domba, dia seperti orang yang mematahkan leher anjing. Sesiapa yang memberikan persembahan bahan makanan, dia seperti orang yang mempersembahkan darah babi. Sesiapa yang mempersembahkan kemenyan, dia seperti orang yang memuja berhala. Ya, mereka yang memilih jalan mereka sendiri, jiwa mereka menyukai kejijikan mereka.


Sebaliknya, carilah tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, daripada kalangan semua sukumu sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya, dan pergilah ke sana.


Bawalah ke sana korban bakaranmu, korban sembelihanmu, persembahan sepersepuluh kamu, persembahan khususmu, korban nazarmu, korban sukarela kamu, dan anak-anak sulung daripada kawanan lembu dan kawanan dombamu.


Kata Saul kepada Ahia, “Bawalah ke mari tabut Allah.” Pada waktu itu tabut Allah sememangnya pergi bersama-sama orang Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan