Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Apabila orang Israel melihat bahawa mereka tersepit dan pasukan mereka memang telah terdesak, maka larilah mereka lalu bersembunyi di gua, di semak, di bukit batu, di ruang bawah tanah, dan di perigi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Kemudian mereka melancarkan serangan sengit terhadap orang Israel, sehingga orang Israel berada dalam keadaan genting. Beberapa orang Israel bersembunyi di dalam gua dan lubang gunung, atau di dalam celah-celah batu besar, atau di dalam perigi dan lubang di tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Kemudian mereka melancarkan serangan sengit terhadap orang Israel, sehingga orang Israel berada dalam keadaan genting. Beberapa orang Israel bersembunyi di dalam gua dan lubang gunung, atau di dalam celah-celah batu besar, atau di dalam perigi dan lubang di tanah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:6
18 Iomraidhean Croise  

Jawab Daud kepada Gad, “Hal ini sangat menyesakkan bagiku. Biarlah kita jatuh ke tangan TUHAN, kerana rahmat-Nya besar. Jangan aku jatuh ke dalam tangan manusia.”


Tetapi inilah bangsa yang mengalami perampasan dan dijarah, semuanya terperangkap di lubang dan disembunyikan di penjara. Mereka menjadi rampasan tanpa ada yang melepaskan, menjadi jarahan tanpa ada yang berkata, “Kembalikanlah!”


Perigi tempat Ismael mencampakkan semua mayat orang yang dibunuhnya selain Gedalya itu ialah perigi yang dibuat Raja Asa untuk menghadapi Baesa, raja Israel. Ismael anak Netanya memenuhinya dengan mayat orang yang terbunuh itu.


Katakanlah hal ini kepada mereka: ‘Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Demi Aku yang hidup, sesungguhnya orang yang tinggal di reruntuhan-reruntuhan akan tewas oleh pedang, orang yang tinggal di padang terbuka akan Kuserahkan kepada binatang liar sebagai makanan, dan orang yang tinggal di kubu serta gua akan mati oleh wabak penyakit.


Aku sukar memilih antara dua: Aku ingin pergi dan bersama dengan Kristus, itu jauh lebih baik,


dunia tidak layak menampung mereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah.


Ketika orang Ai menoleh ke belakang, tampak asap kota itu membumbung ke langit. Mereka tidak dapat lagi melarikan diri ke sana atau ke mari, kerana pasukan yang tadinya melarikan diri ke gurun berbalik menghadapi musuh yang mengejar mereka.


Bani Amon pula menyeberangi Sungai Yordan untuk berperang dengan bani Yehuda, bani Benyamin dan keturunan Efraim, dan akibatnya, amat terdesaklah orang Israel.


Lalu maju semula orang Israel lantas gementarlah bani Benyamin yang melihat bahawa malapetaka sudah datang menimpa mereka.


Kuasa penaklukan warga Midian terhadap orang Israel memaksa orang Israel membuat tempat-tempat perlindungan dan berkubu di kawasan pergunungan serta gua-gua.


Kemudian berangkatlah Samuel meninggalkan Gilgal lalu pergi ke Gibea-Benyamin. Saul memeriksa barisan umat yang ada bersama-samanya itu dan ada seramai kira-kira enam ratus orang.


Lalu kedua-duanya memperlihatkan diri kepada pasukan barisan orang Filistin. Berkatalah orang Filistin, “Tengok! Orang Ibrani itu keluar dari lubang-lubang tempat mereka menyembunyikan diri.”


Begitu jugalah semua orang Israel yang bersembunyi di Efraim mendengar bahawa orang Filistin telah melarikan diri, lalu mereka pun turut mengejar musuh itu dalam peperangan.


Namun demikian, rupanya orang Zif datang menghadap Saul di Gibea, kata mereka, “Daud menyembunyikan diri antara kami. Dia ada di kubu-kubu pertahanan di Koresa, di Bukit Hakhila, sebelah selatan gurun.


Sesampainya di kandang-kandang domba di tepi jalan itu, ada gua dan Saul masuk ke dalamnya untuk membuang air, tetapi Daud dan pasukannya sedang berada di bahagian belakang gua itu.


Apabila orang Israel yang tinggal di seberang lembah serta di seberang Sungai Yordan melihat betapa pasukan Israel telah lari, dan bagaimana Saul serta anak-anaknya telah gugur, mereka pun melarikan diri meninggalkan kota-kota mereka. Kemudian datanglah orang Filistin dan tinggal di kota-kota itu.


Ketika orang Filistin mendengar bahawa orang Israel berkumpul di Mizpa, majulah raja-raja kota orang Filistin mendatangi umat Israel. Hal itu didengar oleh orang Israel, dan mereka ketakutan menghadapi orang Filistin.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan