Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Maka berkumpullah orang Filistin untuk memerangi orang Israel dengan tiga ribu buah rata, enam ribu orang anggota tentera berkuda dan pasukan berjalan kaki tidak terkira ramainya bak pasir di tepi laut. Mereka bergerak maju dan berkhemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-Awen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Sementara itu orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Orang Filistin mempunyai tiga puluh ribu buah kereta kuda, enam ribu orang berkuda dan askar sebanyak pasir di pantai. Mereka berkhemah di Mikhmas di sebelah timur Bet-Awen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Sementara itu orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Orang Filistin mempunyai tiga puluh ribu buah kereta kuda, enam ribu orang berkuda dan askar sebanyak pasir di pantai. Mereka berkhemah di Mikhmas di sebelah timur Bet-Awen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:5
21 Iomraidhean Croise  

maka pastilah Aku memberkatimu dan pastilah Aku memperbanyak keturunanmu seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut. Keturunanmu akan menguasai segala pintu gerbang musuh mereka,


Oleh sebab itu aku menasihatkan supaya semua orang Israel yang ramainya bagaikan pasir di tepi laut, tersebar dari Dan ke Bersyeba, dipanggil untuk bergabung dengan tuanku. Kemudian tuanku sendiri harus pergi bertempur.


Orang Israel pun mengerahkan pasukan mereka. Setelah siap dengan segala perbekalan, mereka pergi menghadapi orang Aram. Orang Israel berkhemah berhadapan dengan mereka seperti dua kawanan kecil kambing, sementara orang Aram memenuhi negeri itu.


Sekarang, ya TUHAN Allah, kiranya janji-Mu kepada Daud, ayahku, diteguhkan kerana Engkau telah mengangkat aku menjadi raja atas umat yang besar bilangannya seperti debu tanah.


Asyur telah memasuki Ayat, melalui Migron. Disimpannya barang-barangnya di Mikhmas.


Keturunanmu sudah seperti pasir dan anak cucumu seperti butiran pasir. Nama mereka tidak akan lenyap atau punah dari hadapan-Ku.”


Aku membuat bilangan balu mereka lebih banyak daripada pasir di laut. Aku mendatangkan pembinasa pada tengah hari kepada ibu anak-anak muda. Dengan tiba-tiba Aku menimpakan terhadap mereka kesakitan dan kegerunan.


Penduduk Samaria ketakutan kerana patung anak lembu di Bet-Awen. Umatnya akan berkabung kerananya, begitu pula para imam penyembah berhala yang tadinya bergembira kerananya, sebab kemuliaannya telah hilang.


Kalaupun engkau berlaku kufur, wahai Israel, jangan sampai Yehuda turut bersalah! Jangan pula datang ke Gilgal, jangan naik ke Bet-Awen dan jangan bersumpah, ‘Demi TUHAN yang hidup!’


“Tiuplah sangkakala di Gibea dan nafiri di Rama. Teriakkanlah tanda bahaya di Bet-Awen. Engkau diburu, wahai Benyamin!


Yesaya juga telah berseru tentang umat Israel: “Walaupun bilangan anak Israel seperti pasir di tepi laut, hanya segelintir baki akan diselamatkan.


Para raja tersebut maju bersama-sama seluruh bala tentera masing-masing, iaitu sejumlah besar orang yang ramainya seperti pasir di tepi laut, dengan banyak sekali kuda dan rata.


Di sebelah utara, sempadan daerah mereka bermula dari Sungai Yordan kemudian naik ke lereng gunung di sebelah utara Yerikho, lalu naik ke pergunungan di sebelah barat, dan berakhir di Gurun Bet-Awen.


Yosua mengutus beberapa orang dari Yerikho ke Ai, yang terletak dekat Bet-Awen, di sebelah timur Betel. Katanya kepada mereka, “Pergilah dan intiplah keadaan negeri itu.” Maka pergilah mereka itu mengintip Ai.


Orang Midian dan orang Amalek dan semua orang dari sebelah timur itu bergelimpangan di lembah itu, seperti belalang yang berkerumun dan unta mereka tidak terhitung seperti pasir di tepi laut.


Samuel bertanya, “Apakah yang kaulakukan?” Jawab Saul, “Apabila kulihat bahawa pasukan itu bercerai-berai meninggalkan aku, sedangkan engkau tidak juga datang pada waktu yang telah ditetapkan dan orang Filistin telah berkumpul di Mikhmas,


Saul memilih tiga ribu orang Israel iaitu dua ribu orang menyertai Saul di Mikhmas dan di Gunung Betel manakala seribu orang menyertai Yonatan di Gibea-Benyamin. Rakyat yang selebihnya disuruhnya pulang ke khemah masing-masing.


Demikianlah TUHAN menyelamatkan orang Israel pada hari itu. Peperangan itu meluas sampai Bet-Awen.


Peperangan yang sengit melawan orang Filistin terjadi seumur hidup Saul. Saul sentiasa mengambil kesateria atau orang yang gagah perkasa untuk menjadi orangnya apabila dia menemui orang sedemikian.


Orang Filistin mengumpulkan tentera mereka untuk berperang; mereka berkumpul di Sokho iaitu di bumi Yehuda dan berkhemah di antara Sokho dengan Azeka di Efes-Damim.


Demikianlah orang Filistin itu ditundukkan dan tidak lagi memasuki daerah Israel. Tangan TUHAN melawan orang Filistin seumur hidup Samuel,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan