Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Semua orang Israel mendengar khabar yang mengatakan, “Saul telah menumpaskan pasukan orang Filistin sehingga orang Filistin sangat membenci orang Israel.” Maka rakyat pun dikerahkan untuk bergabung dengan Saul di Gilgal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Segenap umat Israel diberitahu bahawa Raja Saul telah membunuh panglima Filistin itu, dan bahawa orang Filistin sangat benci akan umat Israel. Oleh itu rakyat menyahut panggilan untuk bergabung dengan Raja Saul di Gilgal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Segenap umat Israel diberitahu bahawa Raja Saul telah membunuh panglima Filistin itu, dan bahawa orang Filistin sangat benci akan umat Israel. Oleh itu rakyat menyahut panggilan untuk bergabung dengan Raja Saul di Gilgal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:4
9 Iomraidhean Croise  

Berkatalah Yakub kepada Simeon dan Lewi, “Kamu telah menyusahkan aku dengan membusukkan namaku dalam kalangan penduduk negeri ini, iaitu orang Kanaan dan orang Feris. Jumlah kita hanya sedikit. Jika mereka berkumpul melawan kita dan menyerang kita, maka musnahlah aku berserta seisi rumahku.”


Jawablah, ‘Sejak kecil bahkan sampai sekarang hamba-hambamu ini memelihara ternakan, sebagaimana juga para nenek moyang kami.’ Dengan demikian, kamu dapat tinggal di Tanah Gosyen kerana warga Mesir memandang keji terhadap semua gembala ternakan.”


Ketika bani Amon menyedari bahawa mereka telah membangkitkan kebencian Daud, mereka mengupah orang Aram dari Bet-Rehob dan dari Zoba seramai dua puluh ribu orang pasukan berjalan kaki, raja Maakha dengan seribu orangnya, serta dua belas ribu orang Tob.


Lalu kata mereka kepada kedua-duanya, “Semoga TUHAN melihat perbuatanmu serta menghukum kamu, kerana kamu telah membusukkan nama kami di hadapan Firaun dan di hadapan para pegawainya. Kamu memberikan sebilah pedang kepada mereka untuk membunuh kami.”


Dalam satu bulan kusingkirkan tiga orang gembala, kerana hatiku tidak sabar lagi terhadap mereka, dan mereka pun muak terhadap aku.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Hari ini telah Kugulingkan cela Mesir itu daripada kamu.” Itulah sebabnya tempat itu dinamai Gilgal sampai hari ini.


Kemudian engkau harus pergi ke Gilgal mendahului aku. Ingat, aku akan turun mendapatkan engkau untuk mempersembahkan segala korban bakaran serta korban kedamaian. Hendaklah engkau menunggu selama tujuh hari sehingga aku datang kepadamu dan memberitahumu apa yang harus kaulakukan.”


Tetapi Akhis mempercayai Daud, kerana fikirnya, “Tentulah dia telah membuat diri dibenci dalam kalangan bangsanya orang Israel. Oleh itu, dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan