Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Yonatan menumpaskan pasukan orang Filistin di Geba, dan orang Filistin terdengar hal itu. Lalu Saul memerintahkan agar sangkakala ditiup di seluruh negeri, fikirnya, “Biarlah orang Ibrani mendengar.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kemudian Yonatan membunuh panglima Filistin di Geba, dan orang Filistin mendengar tentang pembunuhan itu. Lalu Raja Saul menyuruh orang meniup trompet di seluruh negeri untuk memanggil orang Ibrani supaya maju berperang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kemudian Yonatan membunuh panglima Filistin di Geba, dan orang Filistin mendengar tentang pembunuhan itu. Lalu Raja Saul menyuruh orang meniup trompet di seluruh negeri untuk memanggil orang Ibrani supaya maju berperang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:3
12 Iomraidhean Croise  

Maka Yoab meniup sangkakala dan seluruh pasukan pun berhenti. Mereka tidak lagi mengejar orang Israel dan tidak lagi berperang.


Kebetulan di sana ada seorang yang rendah akhlak bernama Seba anak Bikri, seorang Benyamin. Dia meniup sangkakala dan berkata, “Kita tidak mendapat bahagian daripada Daud, kita tidak mendapat harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai orang Israel!”


Pada waktu itu Daud sedang berada di kubu pertahanan, sedangkan pasukan pendudukan orang Filistin berada di Betlehem.


Mereka melintasi tempat penyeberangan dan berkata, “Geba ialah tempat kita bermalam.” Rama gementar, penduduk Gibea-Saul melarikan diri.


Seluruh negeri itu akan berubah menjadi dataran, iaitu dari Geba sampai ke Rimon di sebelah selatan Yerusalem. Kota itu akan menjulang tinggi dan tetap tegak di tempatnya, dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke tempat pintu gerbang terdahulu serta ke Pintu Gerbang Sudut; juga dari Menara Hananeel sampai ke tempat pemerasan anggur raja.


Kefar-Haamonai, Ofni, Geba; dua belas buah kota berserta desa-desanya.


Daripada suku Benyamin diberikan Gibeon, Geba,


Setibanya di sana ditiupnyalah sangkakala di wilayah pergunungan Efraim, lalu keluarlah orang Israel beramai-ramai mendatanginya. Lalu berdirilah Ehud di hadapan khalayak itu.


Pada waktu itu Roh TUHAN menguasai Gideon lalu dia meniup sangkakala dan menyeru supaya bani Abiezer mengikutinya.


Setelah itu, engkau akan tiba di bukit Allah di Gibea, tempat barisan tentera orang Filistin. Sebaik sahaja engkau memasuki kota itu, engkau akan bertemu dengan serombongan nabi di sana yang sedang turun dari bukit pemujaan dengan membawa gambus, rebana, seruling, dan kecapi di depan mereka. Mereka akan bernubuat.


Demikianlah Saul dan anaknya, Yonatan serta umat yang ada bersama-sama mereka, tinggal di Geba-Benyamin, manakala orang Filistin berkhemah di Mikhmas.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan