Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Saul memilih tiga ribu orang Israel iaitu dua ribu orang menyertai Saul di Mikhmas dan di Gunung Betel manakala seribu orang menyertai Yonatan di Gibea-Benyamin. Rakyat yang selebihnya disuruhnya pulang ke khemah masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 baginda memilih tiga ribu orang Israel; daripada jumlah ini, dua ribu orang tinggal bersama-samanya di Mikhmas dan di kawasan perbukitan Betel. Sebanyak seribu orang lain pergi bersama dengan Yonatan, puteranya ke Gibea, di wilayah suku Benyamin. Orang selebihnya disuruh oleh Raja Saul pulang ke rumah masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 baginda memilih tiga ribu orang Israel; daripada jumlah ini, dua ribu orang tinggal bersama-samanya di Mikhmas dan di kawasan perbukitan Betel. Sebanyak seribu orang lain pergi bersama dengan Yonatan, puteranya ke Gibea, di wilayah suku Benyamin. Orang selebihnya disuruh oleh Raja Saul pulang ke rumah masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:2
24 Iomraidhean Croise  

Kebetulan di sana ada seorang yang rendah akhlak bernama Seba anak Bikri, seorang Benyamin. Dia meniup sangkakala dan berkata, “Kita tidak mendapat bahagian daripada Daud, kita tidak mendapat harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai orang Israel!”


Serahkanlah kepada kami tujuh orang anak lelaki orang itu. Kami akan menggantung mereka di hadapan TUHAN di Gibea, kota Saul, pilihan TUHAN itu.” Kata raja, “Mereka akan kuserahkan.”


Heleb anak Baana, orang Netofa; Itai anak Ribai, orang Gibea daripada bani Benyamin;


orang Mikhmas, 122 orang;


Bani Benyamin tinggal dari Geba, iaitu di Mikhmas, Aya, Betel dan kampung-kampungnya,


Zela, Elef, Yebus, iaitu Yerusalem, Gibea, Kiryat ialah empat belas buah kota lagi dengan desa-desanya. Itulah harta pusaka bani Benyamin menurut kaum-kaum mereka.


Sesudah itu Yosua memohonkan berkat bagi mereka dan melepaskan mereka pergi. Lalu pulanglah mereka ke perkhemahan mereka.


Tetapi tuannya menjawab, “Kita tidak akan singgah di kota asing yang warganya bukan orang Israel, tetapi kita akan berjalan terus sampai ke Gibea.”


Saul juga pulang ke rumahnya di Gibea disertai para warga yang gagah perkasa dan mempunyai hati yang telah digerakkan Allah.


Setelah itu, engkau akan tiba di bukit Allah di Gibea, tempat barisan tentera orang Filistin. Sebaik sahaja engkau memasuki kota itu, engkau akan bertemu dengan serombongan nabi di sana yang sedang turun dari bukit pemujaan dengan membawa gambus, rebana, seruling, dan kecapi di depan mereka. Mereka akan bernubuat.


Saul sudah berumur sedemikian tahun ketika dia menaiki takhta. Setelah bertakhta selama dua tahun atas Israel,


Samuel bertanya, “Apakah yang kaulakukan?” Jawab Saul, “Apabila kulihat bahawa pasukan itu bercerai-berai meninggalkan aku, sedangkan engkau tidak juga datang pada waktu yang telah ditetapkan dan orang Filistin telah berkumpul di Mikhmas,


Kemudian berangkatlah Samuel meninggalkan Gilgal lalu pergi ke Gibea-Benyamin. Saul memeriksa barisan umat yang ada bersama-samanya itu dan ada seramai kira-kira enam ratus orang.


Demikianlah Saul dan anaknya, Yonatan serta umat yang ada bersama-sama mereka, tinggal di Geba-Benyamin, manakala orang Filistin berkhemah di Mikhmas.


Lalu maralah pasukan orang Filistin ke genting di Mikhmas.


Maka berkumpullah orang Filistin untuk memerangi orang Israel dengan tiga ribu buah rata, enam ribu orang anggota tentera berkuda dan pasukan berjalan kaki tidak terkira ramainya bak pasir di tepi laut. Mereka bergerak maju dan berkhemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-Awen.


Pada hari itu mereka menyerang orang Filistin dari Mikhmas sampai Ayalon tetapi selepas itu pasukan itu tersangat letih lesu.


Ceracak yang menjulang di sebelah utara berhadapan dengan Mikhmas manakala yang satu lagi itu di sebelah selatan berhadapan dengan Geba.


Peperangan yang sengit melawan orang Filistin terjadi seumur hidup Saul. Saul sentiasa mengambil kesateria atau orang yang gagah perkasa untuk menjadi orangnya apabila dia menemui orang sedemikian.


Sesudah itu Samuel pulang ke Rama, sedangkan Saul pulang ke rumahnya di Gibea, kota Saul.


Sesampainya di kandang-kandang domba di tepi jalan itu, ada gua dan Saul masuk ke dalamnya untuk membuang air, tetapi Daud dan pasukannya sedang berada di bahagian belakang gua itu.


Maka Saul segera turun ke Gurun Zif berserta tiga ribu orang pilihan dari Israel untuk mencari Daud di gurun itu.


Katanya, “Inilah hak raja yang akan bertakhta atas kamu: dia akan mengambil anak-anak kamu untuk ditugaskan kepada ratanya dan sebagai pasukan berkudanya, lalu mereka harus berlari di depan ratanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan