Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Tetapi mereka melupakan TUHAN, Allah mereka, dan Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan Sisera, panglima tentera di Hazor, dan ke dalam tangan orang Filistin dan raja Moab, yang berperang melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Tetapi kemudian mereka lupa akan TUHAN, Allah mereka. Oleh sebab itu TUHAN membiarkan orang Filistin, raja negeri Moab, dan Sisera, iaitu panglima tentera kota Hazor, menyerang nenek moyang kamu dan mengalahkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Tetapi kemudian mereka lupa akan TUHAN, Allah mereka. Oleh sebab itu TUHAN membiarkan orang Filistin, raja negeri Moab, dan Sisera, iaitu panglima tentera kota Hazor, menyerang nenek moyang kamu dan mengalahkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:9
15 Iomraidhean Croise  

iaitu sejak masa Aku melantik para hakim untuk memimpin umat-Ku Israel. Aku akan memberikan ketenteraman kepadamu daripada semua musuhmu. Selain itu, TUHAN pun menyatakan kepadamu bahawa TUHAN akan mengukuhkan sebuah keluarga bagimu.


Mereka melupakan Allah Penyelamat mereka, yang telah melakukan perkara-perkara hebat di Mesir,


Tetapi mereka menderhaka dan mendukakan Roh Suci-Nya. Oleh sebab itu Dia berpaling menjadi musuh mereka, Dia sendiri memerangi mereka.


Dapatkah seorang dara melupakan perhiasannya, atau seorang pengantin perempuan melupakan baju pengantinnya? Namun demikian, umat-Ku melupakan Aku selama waktu yang tidak terhitung jumlahnya.


Kamu mengabaikan Batu Pejal yang menciptakanmu, dan kamu melupakan Allah yang menjadikanmu.


Bagaimana mungkin seorang dapat mengejar seribu orang, atau dua orang dapat menyebabkan sepuluh ribu orang lari, kalau mereka tidak dijual oleh Batu Pejal mereka? TUHAN telah menyerahkan mereka!


Menyalalah kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel, lalu Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Filistin dan bani Amon.


Orang Israel berbuat jahat lagi di mata TUHAN lantas TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Filistin selama empat puluh tahun.


Maka bangkit serta maraklah kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel lalu Dia membiarkan mereka dianiayai para penjarah. Seterusnya Dia menjual mereka kepada para musuh sehingga mereka tidak sanggup lagi bertahan menghadapi musuh mereka itu.


Orang Israel berbuat jahat lagi di mata TUHAN. Lalu TUHAN memberikan kuasa kepada Eglon, raja Moab untuk menundukkan orang Israel kerana mereka berbuat jahat di mata TUHAN.


Selepas itu, tampil pula Samgar anak Anat yang turut menyelamatkan orang Israel dengan menumpaskan enam ratus orang bani Filistin dengan sebatang tongkat penggiring lembu.


Lalu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan Yabin, raja bani Kanaan, yang bertakhta di Hazor. Panglima tenteranya ialah Sisera yang diam di Haroset-Hagoyim.


Akan tetapi, jika kamu tidak mahu mematuhi TUHAN, malah menderhaka terhadap titah TUHAN, maka tangan TUHAN akan melawan kamu, sebagaimana Dia melawan nenek moyangmu dahulu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan