Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Ketika Yakub berkelana ke Mesir, nenek moyangmu berseru-seru kepada TUHAN, maka TUHAN mengutus Musa dan Harun, yang membawa nenek moyangmu keluar dari Mesir, dan membiarkan mereka menetap di tempat ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Ketika Yakub dan keluarganya pergi ke Mesir, dan apabila orang Mesir menindas mereka, nenek moyang kamu berseru minta tolong kepada TUHAN. Oleh itu TUHAN mengutus Musa dan Harun untuk memimpin mereka keluar dari Mesir, serta menolong mereka menetap di negeri ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Ketika Yakub dan keluarganya pergi ke Mesir, dan apabila orang Mesir menindas mereka, nenek moyang kamu berseru minta tolong kepada TUHAN. Oleh itu TUHAN mengutus Musa dan Harun untuk memimpin mereka keluar dari Mesir, serta menolong mereka menetap di negeri ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:8
19 Iomraidhean Croise  

Dia memberi kepada mereka tanah orang asing, dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain —


Tepat pada hari itu TUHAN membawa segala rombongan orang Israel keluar dari Tanah Mesir.


Mereka itulah Harun dan Musa yang menerima firman TUHAN, “Bawalah orang Israel keluar dari Tanah Mesir secara teratur menurut pelbagai kumpulan mereka.”


Nenek moyang kami dahulu pergi ke Mesir dan kami tinggal lama sekali di Mesir. Akan tetapi kemudian orang Mesir memperlakukan kami dan nenek moyang kami dengan jahat.


Yakub sekeluarga pun berpindah ke Mesir. Di situlah dia dan nenek moyang kita meninggal dunia.


Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu kerana engkau akan memimpin bangsa ini mewarisi negeri seperti yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka untuk dikurniakan kepada mereka.


Demikianlah TUHAN memberikan kepada orang Israel seluruh negeri yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah untuk dikurniakan kepada nenek moyang mereka. Mereka menduduki negeri itu dan tinggal di dalamnya.


Katanya kepada orang Israel, “Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Aku telah memimpin orang Israel keluar dari Mesir. Aku telah melepaskan kamu daripada penindasan orang Mesir dan daripada tangan semua kerajaan yang menindas kamu.’


Lalu berkatalah Samuel kepada bangsa itu, “TUHAN ialah saksi, yang melantik Musa dan Harun dan yang memimpin nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan