Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Jawab mereka, “Engkau tidak pernah menipu kami dan tidak pernah menindas kami ataupun menerima apa-apa daripada tangan sesiapa pun.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Semua orang itu menjawab, “Tidak, tuan tidak pernah menipu ataupun menindas kami. Tuan tidak pernah mengambil apa-apa pun kepunyaan orang lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Semua orang itu menjawab, “Tidak, tuan tidak pernah menipu ataupun menindas kami. Tuan tidak pernah mengambil apa-apa pun kepunyaan orang lain.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:4
6 Iomraidhean Croise  

Akibatnya, para penyelia lain itu serta para wakil raja berusaha mencari alasan untuk menjatuhkan Daniel dalam hal pemerintahan. Akan tetapi, mereka tidak dapat sesuatu alasan atau kesalahan sedemikian lantaran kesetiaan Daniel, bahkan tidak didapati sesuatu kesilapan atau kesalahan padanya.


yang melalui iman telah menaklukkan kerajaan, menegakkan keadilan, mendapatkan janji, menutup mulut singa,


Demetrius menerima kesaksian baik daripada setiap orang, malah daripada kebenaran itu sendiri. Kami juga memberinya kesaksian baik, dan kamu tahu bahawa kami menyatakan apa yang benar.


Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”


Lalu Samuel berkata kepada mereka, “Pada hari ini, TUHAN menjadi saksi kepada kamu, dan orang pilihan-Nya yang diurapi-Nya juga menjadi saksi bahawa kamu tidak mendapati apa-apa dalam tanganku.” Jawab mereka, “Dia menjadi saksi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan