Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Maka sekarang raja itulah yang menjadi pemimpinmu; tetapi aku ini telah menjadi tua dan beruban, dan bukankah anak-anakku ada dalam kalangan kamu? Akulah yang menjadi pemimpinmu sejak zaman mudaku sampai hari ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:2
17 Iomraidhean Croise  

Kini aku sudah tua dan rambutku putih, Ya Allah, jangan tinggalkan aku, kuisytiharkan kuasa-Mu kepada orang zaman ini, kekuatan-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.


yang akan memimpin pergerakan mereka dan yang akan membawa mereka keluar masuk, supaya jangan umat TUHAN seperti domba-domba yang tidak bergembala.”


Tentang diriku, kini aku laksana minuman yang sedang dituangkan sebagai persembahan kepada Allah, dan sudah hampir masanya aku pergi menghadap-Nya.


Selepas lamanya setelah TUHAN memberikan ketenteraman kepada orang Israel daripada semua musuh di sekeliling mereka, dan ketika itu, Yosua telah amat lanjut usianya,


Yosua memanggil seluruh orang Israel, iaitu para tua-tua, para ketua suku, para hakim, dan para pegawainya. Dia berkata kepada mereka, “Aku sudah tua dan sudah begitu lanjut usiaku.


Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, sebagaimana telah dinyatakan jelas kepadaku oleh Tuhan kita Yesus Kristus.


Eli sudah sangat tua. Dia mendengar segala sesuatu yang dilakukan anak-anaknya terhadap semua orang Israel dan bahawa mereka tidur dengan perempuan-perempuan yang menunaikan tugas di muka pintu Khemah Pertemuan.


Jadi, mengapakah kamu semua haloba serta meremehkan korban sembelihan dan persembahan bahan makanan bagi-Ku, serta mengetepikan Aku? Mengapakah engkau menghormati anak-anakmu melebihi Aku, dan menggemukkan diri dengan bahagian-bahagian yang terbaik daripada segala persembahan umat-Ku, orang Israel?’


TUHAN pun hadir dan memanggilnya seperti yang sudah-sudah, “Samuel! Samuel!” Jawab Samuel, “Berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.”


Aku telah memberitahunya bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya atas kesalahan yang telah diketahuinya. Anak-anaknya telah mendatangkan kutukan atas diri mereka sendiri, namun Eli masih tidak menghalang kemungkaran mereka.


Tetapi Eli memanggil Samuel, katanya, “Samuel, anakku.” Jawabnya, “Ya, aku ada di sini.”


Apabila Samuel sudah tua, dia melantik anak-anaknya untuk menjadi hakim kepada orang Israel.


supaya kami juga menjadi seperti semua bangsa lain. Raja kami itu akan memerintah atas kami, maju memimpin kami, dan berperang dalam peperangan kami.”


Namun begitu, pekerti mereka bukan sahaja tidak seperti bapa mereka, malahan mereka tidak hidup mengikuti jejaknya. Mereka menyimpang demi mengejar laba dan mereka menerima rasuah serta memutarbalikkan keadilan.


Kata mereka kepadanya, “Sesungguhnya, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak hidup mengikuti jejak tuan. Sekarang, lantiklah bagi kami seorang raja untuk memerintahkan kami seperti semua bangsa lain.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan