Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Jika kamu takut kepada TUHAN, beribadat kepada-Nya, mematuhi-Nya, dan tidak menderhaka terhadap titah TUHAN, dan jika kamu serta raja yang bertakhta atasmu itu hidup mengikuti TUHAN, Allahmu, maka baiklah keadaanmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Berbahagialah kamu jika kamu menghormati TUHAN, mengabdi kepada-Nya, dan mendengarkan serta mentaati perintah-Nya, dan jika kamu serta raja kamu tetap setia kepada TUHAN Allah kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Berbahagialah kamu jika kamu menghormati TUHAN, mengabdi kepada-Nya, dan mendengarkan serta mentaati perintah-Nya, dan jika kamu serta raja kamu tetap setia kepada TUHAN Allah kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:14
11 Iomraidhean Croise  

Dia pun pergi menghadap Asa dan berkata kepadanya, “Dengarlah aku, wahai Asa dan semua orang Yehuda serta orang Benyamin. TUHAN berserta dengan kamu apabila kamu berserta dengan Dia. Jika kamu mencari hadirat-Nya, Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika kamu meninggalkan-Nya, Dia pun akan meninggalkan kamu.


Kemudian Dia menghantar kegelapan menyelubungi segala-galanya — kerana mereka memberontak terhadap firman-Nya.


Katakanlah kepada orang benar bahawa keadaan mereka akan baik, kerana mereka akan menikmati hasil pekerjaan mereka.


“TUHAN itulah yang benar; aku telah menderhaka terhadap firman-Nya. Dengarlah kiranya, wahai segala bangsa, dan lihatlah penderitaanku. Para perawanku dan para pemudaku pergi sebagai tawanan.


Bagi mereka yang terus berbuat baik dengan sabar demi mendapatkan kemuliaan, kehormatan dan keabadian, Dia akan memberikan hidup yang kekal;


Hendaklah nabi atau pemimpi itu dihukum mati kerana dia telah mencetuskan api pemberontakan terhadap TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari Tanah Mesir dan yang membebaskan engkau dari tempat perhambaan. Pemimpi itu bermaksud menyesatkan kamu daripada mengikuti jalan yang sepatutnya kamu tempuhi sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Oleh itu, singkirkanlah yang jahat itu daripada kalangan kamu.


Oleh itu, takutlah kepada TUHAN dan beribadatlah kepada-Nya dalam ketulusan dan kesetiaan. Singkirkanlah segala tuhan berhala yang disembah nenek moyangmu di seberang Sungai Efrat dan juga di Mesir, dan beribadatlah kepada TUHAN.


Apabila kamu meninggalkan TUHAN dan beribadat kepada tuhan bangsa asing, maka Dia akan berpaling menentang kamu dan mendatangkan malapetaka kepadamu, serta menghapuskan kamu, setelah Dia berbuat baik kepadamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan