Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 11:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Mereka memberitahu para utusan yang datang, “Beginilah harus kamu katakan kepada orang Yabesh-Gilead, ‘Esok, pada waktu hari panas terik, kamu akan mendapat pertolongan.’ ” Lalu utusan-utusan itu pulang dan menyampaikan hal itu kepada orang Yabesh, sehingga mereka pun bersukacita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Mereka berkata kepada para utusan dari Yabes itu, “Beritahulah penduduk Yabes bahawa esok, sebelum tengah hari, mereka akan mendapat pertolongan.” Ketika penduduk Yabes mendengar berita itu, mereka sangat bersukacita

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Mereka berkata kepada para utusan dari Yabes itu, “Beritahulah penduduk Yabes bahawa esok, sebelum tengah hari, mereka akan mendapat pertolongan.” Ketika penduduk Yabes mendengar berita itu, mereka sangat bersukacita

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 11:9
7 Iomraidhean Croise  

Daud pun mengutus beberapa orang kepada orang Yabesh-Gilead dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana kamu telah menunjukkan kasihmu yang sedemikian kepada Saul, tuanmu, iaitu dengan memakamkannya.


segera bersiaplah semua orang yang gagah perkasa lalu mereka pergi mengambil mayat Saul dan mayat para anaknya. Mereka membawanya ke Yabesh dan menguburkan tulang-tulang mereka itu di bawah pokok oak di Yabesh. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari.


Dia menyelamatkanku daripada musuhku yang kuat, daripada mereka yang membenciku, kerana mereka terlalu perkasa bagiku.


Lalu bertanyalah mereka, “Dari seluruh suku Israel adakah satu suku yang tidak datang menghadap TUHAN di Mizpa?” Lalu disahkanlah bahawa tiada seorang pun yang datang dari Yabesh-Gilead ke perkhemahan jemaah itu.


Maka kata penduduk Yabesh kepada Nahas, “Esok kami akan menyerahkan diri kepadamu. Perbuatlah terhadap kami apa-apa pun yang kamu pandang baik.”


Ketika Saul menghitung mereka di Bezek, ada tiga ratus ribu orang Israel dan tiga puluh ribu orang Yehuda.


Apabila penduduk Yabesh-Gilead mendengar apa yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Saul,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan