Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

1 Samuel 11:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Maka dia mengambil sepasang lembu, lantas memotong-motong lembu itu, lalu mengirimkannya ke seluruh daerah Israel dengan perantaraan beberapa orang utusan. Katanya, “Sesiapa yang tidak maju mengikuti Saul dan Samuel, beginilah lembu-lembunya akan diperlakukan.” Rasa takut daripada TUHAN melanda bangsa itu sehingga mereka pun maju dengan serentak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Raja Saul mengambil dua ekor lembu lalu memotong-motongnya menjadi banyak potongan. Kemudian baginda menyuruh beberapa orang membawa potongan-potongan lembu itu ke seluruh negeri Israel dengan perintah, “Sesiapa yang tidak ikut Raja Saul dan Samuel berperang, lembunya akan dipotong-potong seperti ini!” Umat Israel takut akan apa yang mungkin dilakukan TUHAN, maka semua orang, tanpa seorang pun yang terkecuali, maju bersama-sama untuk berperang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Samuel 11:7
8 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka pun berangkat. Allah menyebabkan rasa takut melanda kota-kota yang ada di sekeliling mereka dan tiada yang memburu para anak Yakub itu.

Mereka mengalahkan semua kota di sekeliling Gerar, kerana rasa takut daripada TUHAN menimpa mereka. Mereka menjarah semua kota itu kerana ada banyak barang rampasan di situ.

Rasa takut kepada TUHAN melanda semua kerajaan di negeri-negeri sekeliling Yehuda, sehingga mereka tidak berperang melawan Yosafat.

Sekarang, hendaklah kamu takut kepada TUHAN. Bekerjalah dengan berhati-hati, kerana pada TUHAN, Allah kita, tidak ada kecurangan, hal memandang bulu, atau menerima rasuah.”

Tetapi TUHAN alam semesta, Dialah yang patut kamu sebut suci, kepada-Nyalah kamu harus takut, dan kepada-Nyalah kamu harus gentar.

Sesampai dia di rumahnya dia mengambil pisau, dipegangnyalah mayat gundiknya lalu dipotongnya menurut tulang-tulangnya kepada dua belas kerat, lalu dikirimnya ke seluruh daerah orang Israel.

Kemudian keluarlah semua orang Israel dari Dan sampai Bersyeba dan juga dari Tanah Gilead, lalu berhimpunlah kesemua umat yang bersatu itu menghadap TUHAN di Mizpa.

Lean sinn:

Sanasan

Sanasan