Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 11:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Tetapi Nahas, orang Amon itu, berkata kepada mereka, “Aku akan mengikat perjanjian dengan kamu dengan syarat bahawa setiap mata kananmu akan kucungkil; dengan demikian aku mengaibkan seluruh orang Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Raja Nahas bertitah, “Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: beta akan mencungkil biji mata kanan setiap orang untuk mempermalukan segenap umat Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Raja Nahas bertitah, “Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: beta akan mencungkil biji mata kanan setiap orang untuk mempermalukan segenap umat Israel.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 11:2
11 Iomraidhean Croise  

Kata mereka kepada kedua-dua orang itu, “Kami tidak dapat berbuat demikian kerana menyerahkan adik kami kepada lelaki yang tidak bersunat itu suatu keaiban buat kami.


Jangan dengarkan Hizkia, kerana beginilah titah raja Asyur: “Adakanlah perjanjian damai denganku dan temuilah aku, maka setiap orang daripada kamu akan makan hasil pokok anggur dan pokok ara masing-masing serta minum air perigi masing-masing,


Engkau menjadikan kami bahan ejekan jiran kami, penghinaan dan cemuhan semua orang sekeliling kami.


Firman-Nya lagi, “Akulah Allah ayahmu, juga Allah Abraham, Allah Ishak, dan Allah Yakub.” Lalu Musa menutup mukanya, kerana dia takut memandang Allah.


Orang benar memperhatikan hidup haiwannya, tetapi belas kasihan orang durjana itu kejam.


Kemudian mata Zedekia dibutakan dan dia dibelenggu dengan rantai gangsa lalu dibawa ke Babel.


Apatah lagi kamu tidak membawa kami ke negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu! Kamu pun tidak memberikan kepada kami harta pusaka berupa ladang dan kebun anggur. Masihkah kamu mahu mengelabui mata orang ini? Kami tidak mahu datang!”


Maka orang Filistin menangkapnya lalu mencungkil kedua-dua belah matanya dan membawanya ke Gaza. Di situ dia dibelenggu dengan dua utas rantai tembaga dan dia dikerah bekerja sebagai penggiling di penjara.


Maka kata penduduk Yabesh kepada Nahas, “Esok kami akan menyerahkan diri kepadamu. Perbuatlah terhadap kami apa-apa pun yang kamu pandang baik.”


Tetapi apabila kamu melihat, bahawa Nahas, raja bani Amon, datang menyerang kamu, maka kamu berkata kepadaku: Tidak, kami sepatutnya diperintah oleh seorang raja, walhal TUHAN, Allahmu ialah rajamu.


Daud pun bertanya kepada kalangan yang berdiri bersamanya, “Apakah yang akan dilakukan terhadap orang yang dapat membunuh orang Filistin ini dan yang dapat menghapus cela ini daripada Israel? Siapakah orang Filistin yang tidak bersunat itu sehingga dia mencemuh barisan perang daripada Allah yang hidup?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan