Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 11:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Kemudian Nahas, orang Amon itu, bergerak maju dan berkhemah mengepung Yabesh-Gilead. Lalu berkatalah semua orang Yabesh itu kepada Nahas, “Ikatlah perjanjian dengan kami, maka kami akan takluk kepada tuan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian Raja Nahas, raja negeri Amon, mengerah tenteranya lalu mengepung kota Yabes di kawasan Gilead. Penduduk Yabes mengajukan cadangan kepada Raja Nahas, “Buatlah perjanjian dengan hamba sekalian, maka hamba semua akan menerima raja sebagai pemerintah hamba sekalian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian Raja Nahas, raja negeri Amon, mengerah tenteranya lalu mengepung kota Yabes di kawasan Gilead. Penduduk Yabes mengajukan cadangan kepada Raja Nahas, “Buatlah perjanjian dengan hamba sekalian, maka hamba semua akan menerima raja sebagai pemerintah hamba sekalian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 11:1
23 Iomraidhean Croise  

Jawab mereka, “Kami sudah melihat dengan nyata bahawa TUHAN menyertai kamu. Jadi, kami berfikir, ‘Sebaiknya ada ikrar antara kita,’ iaitu antara kami dan kamu. Mari kita mengikat perjanjian antara kita


Sesudah itu raja bani Amon meninggal lalu anaknya, Hanun, menaiki takhta untuk menggantikannya.


Daud berkata, “Aku hendak menjalin persahabatan dengan Hanun anak Nahas, sebagaimana ayahnya menjalin persahabatan denganku.” Maka Daud mengirimkan beberapa orang utusannya untuk menyampaikan takziah kepada Hanun kerana perihal ayahnya itu. Para utusan Daud pun sampai di negeri bani Amon.


Ketika Daud tiba di Mahanaim, datanglah Sobi anak Nahas dari Raba, kota bani Amon, bersama Makhir anak Amiel dari Lodebar, dan Barzilai, orang Gilead dari Rogelim.


Daud pun mengutus beberapa orang kepada orang Yabesh-Gilead dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana kamu telah menunjukkan kasihmu yang sedemikian kepada Saul, tuanmu, iaitu dengan memakamkannya.


Kata Benhadad kepadanya, “Kota-kota yang telah diambil ayah hamba daripada ayah tuan akan hamba kembalikan. Tuan boleh membuat pasar bagi tuan di Damsyik, seperti yang telah dibuat ayah hamba di Samaria.” Kata Ahab, “Atas dasar perjanjian itu aku akan melepaskan engkau pergi.” Demikianlah Ahab mengikat perjanjian dengan Benhadad dan melepaskannya pergi.


Apabila penduduk Yabesh-Gilead mendengar segala yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Saul,


segera bersiaplah semua orang yang gagah perkasa lalu mereka pergi mengambil mayat Saul dan mayat para anaknya. Mereka membawanya ke Yabesh dan menguburkan tulang-tulang mereka itu di bawah pokok oak di Yabesh. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari.


Adakah ia akan mengikat perjanjian denganmu, supaya engkau mengambilnya sebagai hambamu untuk selama-lamanya?


Jangan mengikat perjanjian dengan mereka atau dengan tuhan mereka.


Jangan dengarkan Hizkia, kerana beginilah titah raja Asyur: Adakanlah perjanjian damai denganku dan temuilah aku, maka setiap orang daripada kamu akan makan hasil pokok anggur dan pokok ara masing-masing serta minum air perigi masing-masing,


Semua orang Israel yang tinggal di Moab, di antara bani Amon, di Edom, dan di semua negeri lain pun mendengar bahawa raja Babel telah membiarkan tinggal saki-baki orang Yehuda dan mengangkat Gedalya anak Ahikam anak Safan sebagai pembesar mereka.


Mereka berkata kepadanya, “Tahukah tuan bahawa Baalis, raja bani Amon, telah menyuruh Ismael anak Netanya untuk membunuh tuan?” Tetapi Gedalya anak Ahikam tidak mempercayai mereka.


Kemudian dia memilih seorang daripada keturunan raja, mengikat perjanjian dengannya, dan membebankan sumpah setia kepadanya. Dia juga mengambil golongan orang yang berkuasa di negeri itu


Tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk dalam jemaah TUHAN, bahkan zuriat mereka sampai keturunan kesepuluh pun tidak boleh masuk dalam jemaah TUHAN untuk selama-lamanya,


Menyalalah kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel, lalu Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Filistin dan bani Amon.


Tidak lama selepas itu, bani Amon berperang melawan orang Israel.


Lalu bertanyalah mereka, “Dari seluruh suku Israel adakah satu suku yang tidak datang menghadap TUHAN di Mizpa?” Lalu disahkanlah bahawa tiada seorang pun yang datang dari Yabesh-Gilead ke perkhemahan jemaah itu.


Tetapi apabila kamu melihat, bahawa Nahas, raja bani Amon, datang menyerang kamu, maka kamu berkata kepadaku: Tidak, kami sepatutnya diperintah oleh seorang raja, walhal TUHAN, Allahmu ialah rajamu.


Setelah Saul menjadi raja Israel, dia memerangi kesemua musuhnya di segala penjuru. Dilawannya Moab, bani Amon, Edom, raja-raja Zoba, dan orang Filistin. Ke mana-mana pun dia pergi, dibuatnya mereka susah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan