Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 10:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Apabila engkau dapati tanda-tanda itu terjadi, lakukanlah apa-apa pun yang dilakukan oleh tanganmu kerana Allah menyertai engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Apabila hal itu terjadi, buatlah apa saja yang kamu rasa baik, kerana Allah menyertaimu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Apabila hal itu terjadi, buatlah apa saja yang kamu rasa baik, kerana Allah menyertaimu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 10:7
20 Iomraidhean Croise  

Allah menyertai anak itu yang kian membesar. Dia tinggal di gurun itu lalu menjadi seorang pemanah.


Jawab Natan kepada raja, “Lakukanlah segala sesuatu yang tuanku niatkan, kerana TUHAN menyertai tuanku.”


jika aku bersukacita kerana besarnya kekayaanku dan kerana banyaknya perolehan tanganku;


“Maka, sekiranya mereka tidak mempercayai kamu dan tidak meyakini keajaiban yang pertama, mereka akan percaya setelah melihat keajaiban berikutnya.


Usahakan dengan segala daya upaya apa-apa sahaja yang dikerjakan tanganmu kerana di alam kubur yang kamu tuju kelak tidak ada pekerjaan, perancangan, pengetahuan dan hikmah.


Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel.


“Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel” yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.


Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.”


Inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang anak yang dibedung dan dibaringkan di dalam sebuah palung.”


Apabila mereka melihat mukjizat yang dilakukan oleh Yesus itu, mereka pun berkata, “Memang Dialah Nabi yang dinanti-nantikan datang ke dunia!”


Apabila engkau keluar berperang melawan musuh-musuhmu lalu melihat segala kuda dan rata, iaitu pasukan yang lebih besar daripada kamu, jangan takut kepada mereka kerana TUHAN, Allahmu, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir, menyertai kamu.


Jagalah hidupmu supaya jangan menjadi pencinta wang; kamu harus berasa cukup dengan apa yang ada padamu. Dia sendiri telah berjanji: “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.”


Tidak ada seorang pun akan dapat bertahan menghadapi engkau seumur hidupmu. Sebagaimana dahulu Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau. Aku tidak akan menterlantarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau.


Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu’? Jangan gentar dan jangan kecut hati, kerana TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana-mana jua pun engkau pergi.”


Malaikat TUHAN menjelma di hadapannya lalu berkata kepadanya, “TUHAN menyertai engkau, wahai pahlawan yang gagah berani.”


Esok pagi, sebaik sahaja terbit matahari, hendaklah engkau menyerbu kota itu. Jika Gaal dan orangnya keluar melawan engkau, tentanglah mereka dengan sedaya upaya kamu.”


Hal yang akan menimpa kedua-dua orang anakmu, Hofni dan Pinehas, akan menjadi tanda bagimu: pada hari yang sama kedua-duanya akan mati.


Biarlah TUHAN menjatuhkan azab kepada Yonatan, bahkan lebih lagi, jika ayahku memang berniat untuk mencederakanmu tetapi aku tidak menyatakannya kepadamu dan melepaskan engkau pergi dengan selamat. Semoga TUHAN menyertai engkau sebagaimana Dia menyertai ayahku dahulu.


Samuel semakin besar. TUHAN menyertainya dan tidak membiarkan satu pun daripada firman-Nya yang disampaikan melaluinya tergugur.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan