Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 10:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Lalu Roh TUHAN akan mendatangi kamu dengan penuh kuasa sehingga engkau akan bernubuat seperti nabi bersama-sama para nabi itu, dan engkau akan berubah menjadi seorang yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada saat itu juga Roh TUHAN akan menguasai kamu, dan kamu akan diberikan sifat baru, lalu kamu akan mengikut mereka menari-nari dan berteriak-teriak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada saat itu juga Roh TUHAN akan menguasai kamu, dan kamu akan diberikan sifat baru, lalu kamu akan mengikut mereka menari-nari dan berteriak-teriak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 10:6
14 Iomraidhean Croise  

Aku akan hadir dan berfirman kepadamu di sana, lalu Aku akan mengambil sebahagian daripada Roh yang ada padamu dan meletakkannya pada mereka lantas mereka akan menanggung beban bangsa ini bersama dengan kamu, sehingga kamu tidak perlu menanggungnya bersendirian.


Kemudian TUHAN hadir dalam awan dan berfirman kepada Musa. Diambil-Nya sebahagian daripada Roh yang ada pada Musa, lalu diletakkan-Nya pada kesemua tujuh puluh tua-tua umat itu. Ketika Roh itu turun ke atas mereka, bernubuatlah mereka seperti nabi, tetapi sesudah itu mereka tidak lagi bernubuat.


Akan tetapi, ada dua orang tertinggal di perkhemahan, seorang bernama Eldad dan seorang lagi bernama Medad. Mereka termasuk antara orang yang tercatat, tetapi tidak turut pergi ke Khemah. Walaupun demikian, Roh itu pun turun ke atas mereka dan mereka bernubuat seperti nabi di perkhemahan.


Tetapi kata Musa kepadanya, “Adakah kamu mencemburui hal itu demi aku? Kalau sahaja seluruh umat TUHAN menjadi nabi kerana TUHAN mengurniakan Roh-Nya kepada mereka!”


Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, ‘Tuhan, Tuhan, bukankah kami telah bernubuat dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?’


Maka berkuasalah Roh TUHAN atas Simson sehingga dia yang tiada sesuatu senjata di tangannya mampu mengoyak singa itu sebagaimana orang mengoyak anak kambing. Tetapi dia tidak menceritakan hal itu kepada kedua-dua ayah dan ibunya.


Setibanya di Lehi, semua orang Filistin mendatangi Simson dengan bersorak-sorai. Maka berkuasalah Roh TUHAN ke atasnya. Tali-tali pada tangannya menjadi seperti batang rami yang telah habis dimakan api dan segala ikatan hancur tanggal daripada tangannya.


Roh TUHAN turun ke atas dia dan dia menjadi hakim kepada orang Israel. Dalam peperangannya, TUHAN menyerahkan Kusyan-Risyataim, raja Aram, ke dalam tangannya lantas dia berjaya menumpaskan Kusyan-Risyataim.


Ketika mereka sampai di Gibea, tampaklah serombongan nabi menuju ke arahnya. Kemudian Roh Allah turun ke atasnya dengan penuh kuasa sehingga dia juga bernubuat seperti para nabi dalam kalangan umat itu.


Apabila dia berpaling untuk pergi meninggalkan Samuel, Allah memberinya hati yang baru. Lalu terjadilah semua tanda itu pada hari itu juga.


Lalu Saul yang mendengar khabar itu dikuasai oleh Roh Allah dan amarahnya pun menyala-nyala dengan kuatnya.


Samuel mengambil tabung tanduknya yang berisi minyak itu dan melantik dia di depan abang-abangnya. Maka sejak hari itu dan seterusnya, Roh TUHAN turun atas Daud dengan penuh kuasa. Setelah itu, Samuel segera pulang ke Rama.


Maka Saul mengutus beberapa orang suruhan untuk menangkap dan membawa Daud. Apabila mereka melihat betapa sebuah rombongan para nabi bernubuat dengan diketuai oleh Samuel, turunlah Roh Allah ke atas mereka, sehingga orang suruhan Saul itu pun bernubuat seperti para nabi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan