Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 10:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dari sana engkau akan berjalan terus lagi dan sampai ke pokok oak di Tabor, maka di sana engkau akan ditemui oleh tiga orang lelaki yang naik menghadap Allah di Betel; seorang membawa tiga ekor anak kambing, seorang membawa tiga ketul roti dan yang ketiga membawa sekantung kulit berisi air anggur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Samuel berkata lagi, “Dari situ, teruskanlah perjalananmu sehingga kamu sampai ke pokok tempat ibadat di Tabor. Di sana kamu akan bertemu dengan tiga orang lelaki yang sedang pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Seorang daripada mereka menggiring tiga ekor anak kambing, seorang lagi membawa tiga ketul roti, dan seorang lagi membawa kirbat kulit yang penuh dengan wain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Samuel berkata lagi, “Dari situ, teruskanlah perjalananmu sehingga kamu sampai ke pokok tempat ibadat di Tabor. Di sana kamu akan bertemu dengan tiga orang lelaki yang sedang pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Seorang daripada mereka menggiring tiga ekor anak kambing, seorang lagi membawa tiga ketul roti, dan seorang lagi membawa kirbat kulit yang penuh dengan wain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 10:3
22 Iomraidhean Croise  

Dia menamai tempat itu Betel; biarpun dahulunya kota itu bernama Lus.


dan batu yang kudirikan sebagai tugu ini akan menjadi rumah Allah. Aku akan mempersembahkan kepada-Mu sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Kaukurniakan kepadaku.”


Allah berfirman kepada Yakub, “Bersiaplah, pergilah ke Betel dan tinggallah di sana. Di sana bangunkanlah sebuah mazbah untuk Allah, yang telah menampakkan diri kepadamu ketika kamu melarikan diri daripada Esau, abangmu.”


Marilah kita bersiap-siap pergi ke Betel. Di sana aku akan mendirikan sebuah mazbah untuk Allah, yang mempedulikan aku ketika aku dalam kesusahan dan yang menyertai aku di jalan yang kutempuhi.”


Utara dan selatan, Engkau yang menciptanya; Gunung Tabor dan Hermon bergembira dengan nama-Mu.


Kemudian, selaras dengan firman TUHAN datanglah Hanameel, anak bapa saudaraku, menemui aku di pelataran penjagaan. Dia berkata kepadaku, ‘Belilah ladangku yang ada di Anatot, di Tanah Benyamin, kerana engkaulah yang mempunyai hak milik dan hak tebusnya. Belilah ladang itu bagimu sendiri.’ Maka tahulah aku bahawa itu ialah firman TUHAN.


Jika persembahannya berupa korban bakaran sama ada daripada kawanan kambing atau kawanan domba, maka kambing atau domba itu hendaklah seekor jantan yang tiada cacat cela.


Selain itu, hendaklah kamu juga persembahkan kepada TUHAN bahan makanan daripada dua persepuluh efa tepung terbaik dicampurkan dengan minyak zaitun, yang keharumannya meredakan, serta persembahan minuman daripada seperempat hin anggur.


Jika persembahannya seekor kambing, maka hendaklah dia mempersembahkannya di hadapan TUHAN.


Jika persembahan yang dipersembahkannya kepada TUHAN berupa korban kedamaian daripada kawanan domba, sama ada haiwan jantan atau betina, maka hendaklah dia mempersembahkan haiwan yang tidak bercacat cela.


Hendaklah dia mempersembahkan korban kedamaian atas kesyukurannya itu bersama-sama persembahan berupa roti yang beragi.


Dari Sarid sempadan menghala ke sebelah timur, arah matahari terbit, ke sempadan Kislot-Tabor, lalu keluar ke Dobrat dan naik ke Yafia.


Sempadan daerah itu bergeser dengan Tabor, Sahazima, Bet-Semes dan berakhir di Sungai Yordan iaitu sejumlah enam belas buah kota dengan desa-desanya.


Berangkatlah orang Israel lalu mara ke Betel. Di sana mereka bertanya kepada Allah, “Siapakah daripada kami yang patut mara dahulu untuk berperang melawan bani Benyamin?” Jawab TUHAN, “Suku Yehuda yang harus mara dahulu.”


Kemudian pergilah orang Israel menangis di hadapan TUHAN sampai petang. Sesudah itu mereka bertanya kepada TUHAN, “Perlukah kami pergi lagi berperang melawan bani Benyamin, saudara kami itu?” Jawab TUHAN, “Majulah melawan mereka.”


Lalu warga orang Israel bertanya kepada TUHAN. Pada waktu itu ada tabut perjanjian Allah di sana,


Maka Sisera yang diberitahu bahawa Barak anak Abinoam telah mara naik ke Gunung Tabor,


Atas panggilannya, menghadaplah Barak anak Abinoam dari Kedesh di daerah Naftali. Berkatalah Debora kepadanya, “Bukankah TUHAN, Allah Israel, memerintahkan demikian, ‘Majulah, bergeraklah menuju Gunung Tabor dengan membawa bersama-samamu sepuluh ribu orang Naftali dan bani Zebulon.


Kemudian dia bertanya kepada Zebah dan Salmuna, “Bagaimanakah rupa orang yang telah kamu bunuh di Tabor itu?” Jawab mereka, “Mereka itu serupa dengan engkau, masing-masing mirip seperti anak raja.”


Mereka akan menyapa engkau lalu memberikan kepadamu dua ketul roti. Terimalah itu daripada tangan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan