Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Setiap tahun lelaki itu pergi dari kotanya untuk beribadat dan mempersembahkan korban di hadapan TUHAN alam semesta di Silo. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, ialah imam TUHAN di sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tiap-tiap tahun Elkana berangkat dari Rama dan pergi ke Silo untuk beribadat dan mempersembahkan korban kepada TUHAN Yang Maha Kuasa. Di Silo, Hofni dan Pinehas, iaitu anak-anak Eli, menjadi imam-imam TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tiap-tiap tahun Elkana berangkat dari Rama dan pergi ke Silo untuk beribadat dan mempersembahkan korban kepada TUHAN Yang Maha Kuasa. Di Silo, Hofni dan Pinehas, iaitu anak-anak Eli, menjadi imam-imam TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 1:3
22 Iomraidhean Croise  

Sehingga Dia meninggalkan khemah Silo, yang telah diletakkan-Nya dalam kalangan mereka.


Tiga kali dalam setahun kamu harus mengadakan perayaan bagi-Ku.


Tiga kali setahun semua lelaki hendaklah menghadap ke hadirat Tuhan ALLAH.


Tiga kali setahun, hendaklah semua warga lelaki dalam kalangan kamu datang menghadap ke hadirat Tuhanmu, TUHAN Allah Israel.


Tiap-tiap tahun ibu bapa-Nya pergi ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Paskah.


Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun, hendaklah setiap lelaki dalam kalangan kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya. Jangan seorang pun menghadap hadirat TUHAN dengan tangan kosong.


Seluruh kalangan umat Israel berkumpul di Silo dan mendirikan Khemah Pertemuan di sana, kerana negeri itu sudah menjadi jajahan takluk mereka.


Demikianlah mereka menempatkan patung pahatan yang dibuat oleh Mikha selagi Rumah Allah berada di Silo.


Kemudian mereka berkata, “Setiap tahun ada perayaan bagi TUHAN di Silo yang terletak di sebelah utara Betel, di sebelah timur jalan raya yang menuju dari Betel ke Sikhem dan di sebelah selatan Lebona.”


Pada waktu Elkana, lelaki itu, pergi lagi dengan seluruh keluarganya untuk mempersembahkan di hadapan TUHAN korban sembelihan tahunan dan korban nazarnya,


Ada sekali, setelah mereka selesai makan dan minum di Silo, Hana pun berdiri. Pada ketika itu Imam Eli sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan ambang pintu Bait Suci TUHAN.


Ahia anak Ahitub, saudara Ikabod anak Pinehas anak Eli, imam TUHAN di Silo, ialah orang yang memakai baju efod pada waktu itu. Maka rakyat juga tidak mengetahui bahawa Yonatan telah pergi.


Ibunya biasa membuat sehelai jubah kecil untuknya, lalu setiap tahun jubah itu dibawanya untuk anaknya ketika dia pergi bersama-sama suaminya untuk mempersembahkan korban sembelihan tahunan.


Hal yang akan menimpa kedua-dua orang anakmu, Hofni dan Pinehas, akan menjadi tanda bagimu: pada hari yang sama kedua-duanya akan mati.


Aku telah memberitahunya bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya atas kesalahan yang telah diketahuinya. Anak-anaknya telah mendatangkan kutukan atas diri mereka sendiri, namun Eli masih tidak menghalang kemungkaran mereka.


Selain itu, tabut Allah pun dirampas dan kedua-dua anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas, terbunuh.


Mereka pun menyuruh beberapa orang ke Silo untuk membawa tabut perjanjian TUHAN alam semesta, yang bersemayam di atas para kerubin. Kedua-dua orang anak Eli, iaitu Hofni dan Pinehas mengiring tabut perjanjian Allah itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan