Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Ada seorang lelaki suku Efraim bernama Elkana anak Yeroham anak Elihu anak Tohu anak Zuf dari Ramataim-Zofim di pergunungan Efraim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Ada seorang lelaki bernama Elkana. Dia daripada suku Efraim yang tinggal di kota Rama, di kawasan perbukitan Efraim. Elkana ialah anak Yeroham dan cucu Elihu. Elkana daripada keluarga Tohu, salah satu keluarga daripada puak Zuf.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Ada seorang lelaki bernama Elkana. Dia daripada suku Efraim yang tinggal di kota Rama, di kawasan perbukitan Efraim. Elkana ialah anak Yeroham dan cucu Elihu. Elkana daripada keluarga Tohu, salah satu keluarga daripada puak Zuf.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 1:1
21 Iomraidhean Croise  

Yerobeam anak Nebat, seorang Efraim dari Zereda, seorang pegawai Salomo (nama ibunya ialah Zerua, seorang balu), juga menentang dan memberontak terhadap raja.


Keturunan Kehat turun-temurun: Aminadab, Korah, Asir,


Inilah orang yang berbuat bakti, berserta anak-anak mereka. Daripada bani Kehat: penyanyi Heman anak Yo'el anak Samuel


anak Elkana anak Yeroham anak Eliel anak Toah


Apabila malam menjelang, datang seorang hartawan dari Arimatea, bernama Yusuf, yang telah menjadi murid Yesus.


Eleazar anak Harun juga meninggal dan dimakamkan di bukit yang diberikan kepada Pinehas, anaknya, di pergunungan Efraim.


Bani Gilead menawan dan menduduki tempat-tempat penyeberangan Sungai Yordan. Maka apabila ada antara orang daripada suku Efraim yang melarikan diri dan berkata, “Biarkanlah aku menyeberang,” maka orang Gilead berkata kepadanya, “Orang Efraimkah engkau?” Maka orang itu menjawab, “Bukan,”


Ada seorang yang bernama Mikha dari wilayah pergunungan Efraim.


Terjadilah pada zaman ketika tiada raja memerintah Israel, di bahagian paling terpencil di pergunungan Efraim tinggal seorang Lewi yang mengambil seorang gundik dari Betlehem-Yehuda.


Dia biasanya duduk di bawah pokok kurma Debora antara Rama dengan Betel di pergunungan Efraim, dan orang Israel mendatanginya demi mendapatkan penghakimannya.


Nama lelaki itu Elimelekh dan isterinya Naomi; dan nama dua orang anak lelakinya Mahlon dan Kilyon. Mereka itu warga Efrata dari Betlehem di Yehuda. Setelah tiba di bumi Moab mereka pun mendiami tempat itu.


dan kepada Obed lahirlah Isai dan kepada Isai lahirlah Daud.


Keesokan harinya, bangunlah mereka pagi-pagi lalu beribadat di hadapan TUHAN. Setelah itu, mereka pulang dan tiba di rumah mereka di Rama. Ketika Elkana meniduri Hana, isterinya, TUHAN mengingati perempuan itu.


Daud ialah anak Isai, orang Efrata dari Betlehem-Yehuda. Isai mempunyai lapan orang anak. Pada zaman Saul, dia termasuk orang yang sudah sangat tua dalam kalangan umat yang sebangsa dengannya.


Lalu pulanglah Elkana ke rumahnya di Rama tetapi anak itu menjadi penyelenggara ibadat kepada TUHAN di bawah pengawasan Imam Eli.


Namun demikian, dia selalu kembali ke Rama, kerana di sanalah rumahnya dan di sanalah dia menjadi hakim kepada orang Israel. Dia mendirikan sebuah mazbah bagi TUHAN di sana.


Saul dan pembantu itu berjalan melalui Efraim dan Tanah Salisa, tetapi tidak juga dijumpai mereka haiwan-haiwan itu. Kemudian mereka berjalan melalui Tanah Sahalim, tetapi di sana pun mereka tidak menjumpai keldai-keldai itu. Selanjutnya mereka berjalan melalui Tanah Benyamin namun masih tidak menemukan keldai-keldai itu.


Setibanya mereka di Tanah Zuf, berkatalah Saul kepada pembantu yang menyertainya, “Mari kita pulang. Jangan-jangan ayahku sudah tidak peduli lagi akan keldai-keldai itu tetapi sebaliknya khuatir tentang keadaan kita.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan