Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -

Wahyu 22 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)


FATSAL XXII.

1 MAKA diunjokkannyalah padaku sungie ayer hayat yang jŭrnih, jŭrnihnya spŭrti hablor, iya itu mŭngalir kluar deripada arash Allah, dan anak Domba itu.

2 Maka ditŭngah tŭngah lorong nŭgri itu, dan sŭbrang mŭnyŭbrang sungie itu, ada pohon kayu hayat yang bŭrbuah duablas jŭnis buah, maka iya mŭngadakan buahnya pada tiap tiap bulan; maka daun daun pohon itu akan mŭnjadikan sŭmboh sagala bangsa.

3 Maka tiadalah laanat lagi: dalamnya itu adalah arash Allah dan anak Domba itu; maka sagala hambanya pun akan bŭrbakti padanya.

4 Maka marika itu akan mŭlihat mukanya; dan namanya pun adalah kŭlak didahinya.

5 Maka malam pun tiadalah disana: maka dian pun tiadalah bŭrguna pada marika itu, atau trang matahari; kŭrna ditrangi akan dia ulih Tuhan Allah: maka marika itu kŭlak bŭrkrajaanlah slama lamanya.

6 Lalu bŭrkatalah iya padaku, Sagala pŭrkataan inilah sŭtiawan dan bŭnar adanya: maka Allah Tuhan sagala nabi yang suchi itu mŭnyurohkan mŭliekatnya mŭnunjokkan kapada hamba hambanya sagala pŭrkara yang ta’dapat tiada akan jadi kŭlak dŭngan sŭgranya.

7 Bahwa sŭsungguhnya, datanglah aku dŭngan sŭgranya: bŭrbagialah kiranya orang yang mŭmliharakan pŭrkataan nabuat nabuatan kitab ini.

8 Maka aku Yahya tŭlah mŭlihat, dan mŭnŭngar sagala pŭrkara ini. Maka apabila aku mŭnŭngar dan mŭlihat, maka sujudlah aku mŭnyŭmbah dikaki mŭliekat yang mŭnunjokkan sagala pŭrkara ini padaku.

9 Sŭtlah itu maka katanya padaku, Ingatlah angkau jangan buat: kŭrna aku pun sama hamba spŭrti angkau juga, dan saudara saudaramu nabi nabi itu, dan orang orang yang mŭmliharakan pŭrkataan kitab ini: Sŭmbahlah Allah.

10 Maka bŭrkatalah pula iya padaku, Janganlah angkau mutriekan pŭrkataan nabuatan kitab ini: kŭrna kutikanya sudah hampir.

11 Maka orang yang tiada bŭnar itu, biarlah iya tinggal juga tiada bŭnar: dan orang yang chŭmar, biarlah iya tinggal chŭmar juga, dan orang yang adil itu, biarlah iya tinggal adil juga; dan orang yang suchi itu, biarlah iya tinggal suchi juga.

12 Bahwa sŭsungguhnya aku datang dŭngan sŭgranya, dan fahalaku bŭsŭrta dŭngan aku, iya itu akan mŭmbri kapada masing masing orang spŭrti kŭlak pŭrbuatannya.

13 Bahwa aku Alif dan Ya, pŭrmulaan dan kasudahan, pŭrtama dan pŭnghabisan.

14 Bŭrbahgialah kiranya sagala orang yang mŭlakukan hukum hukumannya, supaya iya bŭrpatutan mŭndapat pohon kayu hayat, dan bulih masok mŭlalui pintu gŭrbang kŭdalam nŭgri itu.

15 Kŭrna diluarnya itu ada anjing, dan orang hubatan, dan orang yang bŭrzinah, dan pŭmbunoh, dan yang mŭnyŭmbah bŭrhala, dan barang siapa yang mŭngasihi dan mŭlakukan dusta.

16 Adapun akulah Isa tŭlah mŭnyurohkan mŭliekatku mŭnyatakan padamu sagala pŭrkara ini dalam sidang sidang jŭmaah, bahwasanya aku inilah akar dan turon tŭmuron deripada Daud, dan bintang timor yang gilang gumilang itu.

17 Adapun Roh dan pŭngantin pŭrampuan itu bŭrkata, Datanglah. Maka biarlah orang yang mŭnŭngar itupun bŭrkata, Datanglah. Maka biarlah orang yang dahaga itupun datang, dan barang siapa yang mahu, biarlah diambilnya ayer hayat dŭngan chuma chuma.

18 Kŭrna aku mŭnyatakan kapada sagala orang yang mŭnŭngar pŭrkataan nabuatan kitab ini, maka jikalau barang siapa kŭlak mŭnambahi akan pŭrkara pŭrkara ini, nŭschaya ditambah Allah bagienya bala bala yang ada tŭrtulis dalam kitab ini:

19 Dan jikalau barang siapa yang mŭngurangi deripada pŭrkataan kitab nabuatan ini, nŭschaya dihilangkan Allah bahgiannya deripada kitab hayat, dan deripada nŭgri yang suchi itu, dan deripada sagala pŭrkara yang tŭrtulis dalam kitab ini.

20 Bahwa kata orang yang mŭnyaksikan akan sagala pŭrkara ini, Sŭsungguhnyalah aku datang dŭngan sŭgranya; Amin. Dŭmkianlah kŭlak datang Tuhan Isa.

21 Maka biarlah kiranya nihmat Tuhan kami Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan kamu skalian. Amin. TAMAT.

First published by the British and Foreign Bible Society in 1866

British & Foreign Bible Society
Lean sinn:



Sanasan