Matius 8 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)FATSAL VIII. 1 SŬBARMULA apabila Isa tŭlah turon deri atas bukit itu, maka pŭrhimpunan orang tŭrlalu banyak mŭngikot dia. 2 Maka hieran, datanglah sa’orang bŭrkusta sujud akan dia, sŭraya katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu kiranya, bulihlah Tuhan mŭnjadikan hamba suchi. 3 Maka Isa pun mŭmanjangkan tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Kumahu angkau suchilah; maka dŭngan skutika itu juga suchilah dia deripada kustanya itu. 4 Maka kata Isa padanya, Ingatlah angkau baik baik, jangan bri tahu kapada sa’orang pun, mŭlainkan pŭrgilah tunjokkan dirimu kapada Imam, sŭrta pŭrsŭmbahkanlah pŭmbrian yang dipŭsan ulih Musa akan mŭnjadi tandah bagie marika itu. 5 ¶ Maka apabila masoklah Isa kadalam nŭgri Kapŭrnaum, maka datanglah kapadanya sa’orang Pŭnghulu orang sratus, mŭminta kapadanya; 6 Katanya, Tuhan ada hambaku tŭrhantar sakit tepok dalam rumah dŭngan tŭrlalu sŭngsaranya. 7 Maka kata Isa padanya, Bulihlah aku datang mŭnyŭmbohkan dia. 8 Maka disahut ulih Pŭnghulu itu, katanya, Tuhan, bahwa tiadalah layak angkau masok kabawah atap gŭntingku, mŭlainkan dŭngan spatah kata juga Tuhan bŭrkata, hambaku itu bulih sŭmboh: 9 Kŭrna adalah hamba ini pun sa’orang orang yang dibawah prentah, maka adalah pula rayat rayat dibawah hamba; maka hamba surohkan sa’orang pŭrgi, maka iya pŭrgi, dan kapada sa’orang datang, maka datanglah iya, dan kusuroh bŭrbuat barang apa kapada hambaku, maka dipŭrbuatnya. 10 Maka apabila didŭngar Isa akan pŭrkataannya, hieranlah iya, sambil iya bŭrkata kapada orang yang mŭngikot dia, Maka dŭngan sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka bŭlom pŭrnah aku mŭndapat iman yang stŭgoh ini diantara orang orang, kapada orang Israil pun tidak. 11 Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, bahwa banyaklah orang akan datang deri sŭblah barat dan timor dudok bŭrsama sama dŭngan Ibrahim, dan Isahak, dan Yakob dalam krajaan shorga. 12 Tŭtapi anak anak krajaan itu akan ditolakkan kadalam gŭlap yang jauh skali deripada trang itu, maka disanalah ada ratap dan gŭrtak gigi. 13 Maka kata Isa pada Pŭnghulu itu, Pulanglah angkau, maka sŭbagimana yang angkau pŭrchaya, sŭbŭgitulah jadi bagiemu; maka hambanya itu pun sŭmbohlah pada waktu itu juga. 14 ¶ Sŭbarmula maka Isa pun masoklah karumah Petros, maka dilihatnya mŭntua pŭrampuannya ada tŭrhantar sakit dŭngan dŭmam. 15 Maka dijamah ulih Isa tangannya, maka dŭmamnya pun tŭrbanglah, maka pŭrampuan itu pun bangunlah lalu mŭlayani dia. 16 ¶ Sŭtlah pŭtang hari, maka dibawa oranglah kapadanya bŭbrapa orang yang tŭrkŭna jin, maka dibuangkannya sagala jin itu dŭngan pŭrkataannya juga, dan sagala orang yang sakit itu pun disŭmbohkannyalah. 17 Maka supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jasia, katanya, Bahwa iyalah juga yang mŭnanggong sagala kalŭmahan kami, sŭrta mŭnahan sagala kŭsakitan kami. 18 ¶ Maka apabila dilihat Isa pŭrhimpunan orang tŭrlalu banyak mŭnglilingi akan dia, maka disurohnya pŭrgi kasŭbrang sana. 19 Maka datanglah sa’orang khatib, sŭrta bŭrkata padanya, Guru, bahwa aku handak mŭngikot akan dikau barang kamana angkau pŭrgi. 20 Maka bŭrkatalah Isa padanya, Pada anjing hutan ada lobang, dan burong diudara pun ada bŭrsarang, tŭtapi pada anak manusia itu tiada bŭrtŭmpat akan mŭmbaringkan kapalanya. 21 Maka ada pula sa’orang muridnya yang lain bŭrkata akan dia, Tuhan, biarlah hamba pŭrgi mŭnanamkan ayahku dahulu. 22 Maka kata Isa padanya, Ikotlah aku, maka biarlah orang mati itu mŭnanamkan orangnya yang mati itu. 23 ¶ Maka apabila naiklah Isa kapŭrahu, maka murid muridnya itu pun adalah mŭngiringkan dia. 24 Maka hieran, turonlah suatu ribot yang bŭsar ditasik itu, sampielah pŭrahu itu pun ditimbus ulih ombak, akan tŭtapi Isa lagi tŭngah tidor. 25 Maka datanglah murid muridnya mŭmbangunkan dia, katanya, Tuhan, lŭpaskanlah kami, bahwa binasalah kami. 26 Maka kata Isa pada marika itu, Mŭngapa kamu takot? hie orang yang korang iman? maka dŭmi bangunlah iya, sŭrta ditŭngkingnya akan angin dan ombak itu, maka tŭdohlah skali. 27 Maka hieranlah sagala orang, katanya, Orang manakah ini, bahwa angin dan ombak pun mŭnurot prentahnya! 28 ¶ Apabila sampielah iya kasŭbrang dinŭgri orang Gadara, maka bŭrtŭmulah dŭngan dia dua orang yang tŭrkŭna jin, iya itu datang deri antara kubor dŭngan sangat garangnya, sampie sa’orang pun tiada bulih lalu lalang dijalan itu lagi. 29 Maka hieran, bŭrtriaklah orang itu, katanya, Apakah bichara kami kapada kamu, hie Isa anak Allah, maka sudahkah angkau sampie kamari akan mŭnyeksakan kami dahulu deri pada waktunya? 30 Shahadan adalah jauh sŭdikit deripada marika itu, sa’kawan babi mŭnchari makan: 31 Maka jin jin itu pun mŭminta kapada Isa, katanya, Jikalau angkau handak mŭmbuangkan kami, maka biarlah kami masok kadalam kawan babi itu. 32 Maka bŭrkata Isa padanya, Pŭrgilah. Apabila kluarlah jin jin itu, lalu masoklah iya kadalam kawan babi itu, maka hieran, sagala kawan babi itu pun tŭrjunlah deri atas tŭbing itu kadalam tasik, maka matilah iya dalam ayer itu. 33 Maka bŭrlari larilah sagala gombalanya masok kadalam nŭgri, lalu dikhabarkannyalah sagala pŭrkara ini, dan barang yang tŭlah bŭrlaku atas orang yang tŭrkŭna jin itu. 34 Maka sasungguhnya kluarlah sagala orang isi nŭgri itu datang bŭrtŭmu dŭngan Isa, sŭrta dilihatnya akan dia, lalu marika itu mŭminta supaya iya undor deripada batasan nŭgrinya. |
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866
British & Foreign Bible Society